” Pandai lah budak comel ni, sebutan tak pelat, tulisan pun cantik.. ” – Netizen

Video Anak Yana Samsudin, Aisy Mateen Menunjukkan Cara Menulis Dan Cara Menyebut Namanya Dalam Bahasa Cina. Wah Pandainya Mateen, Siap Ajar Daddy Lagi. Terkedu Fadzil Zahari Bila Kena Soal, Lawak Aihh !!

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari antara pasangan yang low profile orangnya. Bersederhana dalam kehidupan mereka, pasangan ini bahagia bersama dua cahayamata mereka iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

Meninjau akaun Instagram anak sulung Yana iaitu Aisy Mateen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mateen sedang membuat kerja sekolahnya. Mateen yang mempelajari bahasa Cina menulis namanya dalam bahasa tersebut pada sebuah buku.

Jika selalunya ibu bapa yang mengajar anak-anak, tapi terbalik halnya dengan Mateen. Mateen pula yang mengajar daddynya bagaimana cara menulis dan menyebut nama Mateen dalam bahasa Cina. Laju sahaja tangan Mateen menulis, sudah pro ni.

Sambil meneguk air susu, sempat lagi Mateen menyoal daddynya apakah handphone dalam bahasa Cina. Fadzil yang berseloroh menyebut sebutan ala-ala cina sampai tergelak Mateen mendengarnya. Semakin bijak hero daddy sekarang.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat comel oleh Mateen ini meraih pujian daripada ramai peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Pandainya Mateen, akak belajar mandarin sebulan dah tak lalu. Berhenti terus haha. Budak budak cepat pandai.. “

” Kejap jer dan besar, pandai la Mateen. Terus jadi anak yang bijak Mateen. Seronok dengar Mateen sebut perkataan cina tu.. “

” Bijaknya Mateen, alhamdulillah. Cantik tulisan cina dia, Belajar elok-elok ye mateen. Nanti boleh lah ajar uncle ye.. “

” Pandainya abang Mateen, bijak dia. Good job, siap ajar daddy lagi. Alhamdulillah, anak yang bijak tahniah daddynya juga.. “

” Clever boy lah Mateen ni. Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh untuk mommy dan daddy ye.. “

” Pandai lah budak comel ni, sebutan tak pelat, tulisan pun cantik. lepas ni speaking cina berabuk lah anakanda mateen. Terbaik.. “

” Pandainya, kecil kecil dah pandai, sikit lagi boleh ajar adik la. cakap cina, mommy daddy yang terlop0ng nanti hahah.. “

Kanak-kanak seusia Mateen ini memang cepat menguasai dan memahami bahasa. Tentunya selepas ini, Mateen akan lebih hebat dalam percakapan bahasa Cina pula. Terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi anak kebanggaan keluarga yer Mateen.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aisy Mateen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..