” Besar dah dia, bertuahnya Ayash ikut mata ibu.. ” – Netizen

Video Terbaru Ayash Affan Yang Kini Sudah Pandai Meniarap Dengan Sendirinya Buat Ramai Netizen Ger4m. Alahai Semakin Comel Dan Bamb4m Lah Ayash, Muka Dah Makin Seiras Dengan Abang Matin !!

Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian terbaru yang dimuatnaik telah meraih perhatian ramai warganet. Sehingga kini lebih daripada 8 ribu tanda suka diterima sejak ia dikongsikan pada sejam yang lalu.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan perkembangan terkini Ayash yang kini sudah pandai meniarap secara sendirinya. Ayash yang memakai baju berwarna biru gelap dan berseluar pendek berwarna coklat sedang berusaha untuk meniarap dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa.

Mulut Ayash juga sekarang semakin riuh. Alahai, ger4mnya melihat Ayash yang makin m0ntel. Ramai menyatakan wajah Ayash kini semakin seiras dengan abangnya iaitu Ariq Matin. Nampak sama kan terutamanya pada bahagian mata Ayash yang bulat seperti Matin.

Sekadar info, Ayash dilahirkan pada Ogos tahun lalu namun ibu Ayash, Siti Sarah telah pergi menghadap Illahi tanpa sempat Ayash merasai kasih sayang seorang ibu. Sejak Ayash dilahirkan, ramai yang sering menantikan perkongsian terkini Ayash di media sosial.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat kem0ntelan Ayash. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” MasyaAllah besar dah dia.. ishh ger4m.. comel ayash.. bertuahnya ayash ikut mata ibu.. god bless you.. god willing.. “

” Ayashlah org yg terakhir berada dekat dengan arw4h ibunya.. subhanallah.. baby comel.. ayash sayang.. ayash bam b4m.. “

”  Comel ayash ni.. budak bamb4m ni.. Makin nampak macam muka matin.. ayash iras mateen.. dah pandai dah dia.. “

” Comeynya, semuga membesar ngn sihat permata hati daddy ni. Iras follow Matin dah ni.. sedap lagu background ctdk.. “

” Comelnya ayasah, muka macam mateen lah, semoga membesar dengan sihat ye ayash.. budak bamb4m kesayangan semua.. “

” Comelnya ayash.. dah pandai nak meniarap.. muka macam abang dia si matin.. semoga makin comel dan sihat.. “

” Kecik muka uwais da besar ikut muka matin.. comelnya ayash.. anak syurga siti sarah dan shuib sepahtu.. ger4m tgk ayash.. “

Cepat sungguh masa berlalu, Ayash juga sudah makin membesar dan makin banyak perkembangan Ayash mengikut umurnya. Semoga Ayash menjadi anak soleh dan berbakti kepada keluarga apabila dewasa kelak. InsyaAllah, amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..