” Cekapnya main gitar ikut papa.. ” – DaebaKingz

Video Anak Perempuan Ameng Spring, Wan Azevanatassha Tunjuk ‘Skill’ Goreng Gitar Yang Cur1 Perhatian Ramai. Wah Best Lah Main Intro Lagu Bourgenvilla !!

Penyanyi Ameng Spring atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail memang diminati ramai. Bahkan lagunya yang bertajuk Butakah Cinta dan Bourgenvilla hingga kini menjadi siulan para peminat.

Meskipun pernah melalui detik hit4m dalam kehidupannya, Ameng telah membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya. Pernah menyertai pertandingan Geg4ar Vaganza musim ke-3 dan telah berjaya mendapat tempat keempat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Daebakingz telah berkongsi satu video yang memaparkan seorang gadis sedang bermain gitar. Difahamkan gadis tersebut merupakan anak kepada penyanyi Ameng Spring.

Anak gadis Ameng itu telah memainkan petikan gitar untuk lagu Bourgenvilla yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spring, iaitu kumpulan yang telah menaikkan nama bapanya, Ameng Spring.

Untuk pengetahuan, gadis tersebut merupakan anak kedua Ameng menerusi perkahwinan terdahulu dan bernama Wan Azevanastassha. Selain itu, meninjau di akaun Instagram milik Azevanastassha juga turut berkongsi di Ig story video dirinya bermain gitar.

Memang nampak berbakat dan pasti bakat seni itu diwarisi daripada bapanya. Malah kalau dilihat, anak Ameng Spring ni bukan sahaja memiliki bakat bermain gitar bahkan dia juga mempunyai rupa paras yang cantik. Apapun, semoga terus berjaya di masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG DaebaKingz, Ameng Spring, Azevanastassha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..