” Wah Man Bai datang lah, maintain je suara sedap dia.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Man Bai Datang Ke Rumahnya. Namun Aksi Man Bai Menyanyikan Sebuah Lagu Sambil Minum Teh Tarik Perhatian Ramai. Masih Maintain Suara, Padu Lah !!

Masih ingat lagi tak dengan penyanyi Mai Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Bin Osman. Lagu nyanyiannya yang masih diingati dan menjadi siulan hingga kini adalah ‘Kau Ilhamku’. Untuk rekod, Man Bai dahulunya merupakan vokalis kumpulan Gers4ng.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik penyampai radio Sharifah Shahirah atau Shiera telah berkongsi satu video yang memaparkan kedatangan Man Bai di kediamannya. Menerusi video itu, kelihatan Man Bai sedang menghabiskan minuman yang disediakan oleh Shiera.

Sempat Shiera menyak4t Man Bai dengan memintanya menyanyikan sebuah lagu. Setelah itu Man Bai telah menyanyikan sedikit lagunya. Perkongsian oleh Sheira tersebut telah mencur1 perhatian warganet.

Hingga kini video Man Bai menyanyi di rumah Shiera telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Kapsyen Shiera pun kelakar, siap ‘offer diri’ nak jadi manager Man Bai kalau ada show.

Tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Sheira dan telah berkongsi pelbagai kenangan tentang Man Bai ketika dahulu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kita g1ler dengan Man Bai.. ” – Sheila Rusly

” Wah Man Bai datang lah, maintain je suara sedap dia. Akk kena buat satu program kak, temubual dengan legend legend, imbau kenangan lama dekat suria.. “

” Hahaha kita dah sama2 tua, lagu dan Man Bai popular masa kita belasan tahun dulu, terasa rindu pula zaman muda bila dengar Man Bai nyanyi.. “

” Legend ar, suke laa lagu ni, mengimbau betul laaa. Nanti suruh Man Bai masuk GV, pasti juara, sedap suara dia.. “

” Man Bai, Kau Ilhamku. Sangat bagi inspirasi time study dulu lagu ni, hahaha. Dah nampak berusia Man Bai, tapi suara tetap macam dlu.. “

” Saya suka lagu Manbai “beribu bintang di atas langit kini menghilang “. Kenangan mengusik jiwa btl ler.. “

” Woww otai ni, legend sangat. Semua lagu kumpulan Gers4ng padu2 beb. Pls buat comeback Man Bai.. “

” Sedap suara dia, padu, Cuma rambut je dah tak ade, betul-betul lincin. Hehehe btw masih kacak rupa Man Bai.. “

” Masa sy kecik2 dlu. Sy minat Manbai sangat, sampai kan sy gunting gambo Manbai dlm sokabor tampal kt pintu umh, hehe.. “

Woww sempat lagi selepas minum secawan teh, Man Bai belanja lagu. Tapi memang best suara Man Bai. Bagi yang membesar dengan lagu-lagunya dahulu pasti tahu suara Man Bai ini memang padu. Apa-apa pun, semoga Man Bai diberikan kesihatan yang baik selalu dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shieraijoy, Manbai67

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..