” Love tengok Dato’ sedekah sambil menolong peniaga macam ni.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Vida Bantu Habiskan Air Balang Peniaga Sambil Bersedekah Kepada Orang Ramai Raih Pujian Ramai. Terbaik Lah Dato’, Semoga Murah Lagi Rezeki Dato’ !!

Bagi yang mengikuti perkembangan jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida ini pasti tahu pada bulan Ramadan, Dato’ Vida sering membantu peniaga dengan membeli semua jualan yang dijual dan menyumbangkan kepada orang ramai.

Terbaru, telah dikongsikan oleh Dato’ Vida adalah video yang memaparkan pada kali ini, Dato’ Vida telah membantu peniaga yang menjual air dalam balang. Kelihatan dalam video tu juga, Dato’ Vida dengan sendiri telah memberikan kepada orang yang datang.

Perkongsian pada kali ini sekali lagi telah meraih perhatian warganet. Ada yang mengakui Dato’ Vida ini seorang yang pemurah hati dan suka bersedekah. Meskipun selalu viral dengan pelbagai kontr0versi, Dato’ Vida disegani ramai.

Jika dilihat, ramai yang ingin mengambil gambar bersama Dato’ Vida ketika Dato’ Vida memberikan bungkusan air percuma itu. Sehingga kini, video Dato’ Vida membantu peniaga air balang telah mendapat lebih 8 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai sifat murni Dato’ Vida dalam video tersebut dan mendoakannya Antara komen-komen menarik :

” Org kenal dia berniaga cara kep0h2 dalam video. Tpi luaran, dia humble g1la. Peramah, tgk pun dh tau. Semoga murah rezeki Dato Vida.. “

” Satu sikap Dsv yg aku suka. Tiap kali bulan puasa dia rajin turun ke gerai2 jualan tepi jalan merata2 gak laa dia pergi singgah, beli semua jualan dan bersedekah utk pd yg lalu waktu tu .. “

” Love tengok Dato sedekah sambil menolong peniaga macam ni, buatkan kami bertambah sayang dengan Dato, teruskan bersedekah Dato.. “

” Bagus nya DSV semoga Allah balas kebaikan Dato dengan beribu kebaikan, Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin Insha’Allah.. “

” Terbaik Dato, saya suka Dato macam ni. Semoga Dato dimurahkan rezeki oleh Allah dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.. “

” Terbaikk Dato, saya terh4ruuu tengok, Alhamdulillah, sebab tu rezeki sentiasa ada  mengalir utk Dato.. “

” Bagusnya DSV ni. Semoga dipermudahkan urusan Dato dan dilimpahkan lg rezeki buat dato. Aamiin.. “

Walaupun sudah bergelar jutawan, jelas terlihat Dato’ Vida tidak pernah sesekali s0mbong malah sering kelihatan ceria ketika bertemu sesiapa pun. Semoga dengan amalan sedekah ini, Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak buat Dato’ Vida.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..