” Tak boleh tahan, tengok interview macam ni pun dah lawak.. ” – Netizen

Ditanyakan Tentang Menjadi Icon Tidak Puasa Oleh Peminat, Jawapan Bell Ngasri Buat Ramai Yang Gel1 Hati. Ad0i Bell, Tak Pernah Tak Kelakar Lah !!

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah ketika sidang media di majlis anjuran sebuah syarikat pelancongan. Untuk makluman, Bell bakal ke tanah suci Mekah sekitar 20 April nanti untuk menunaikan umrah sekaligus akan berpuasa di sana.

Apabila ditanya oleh wartawan tentang Bell dijadikan icon tidak puasa, jawapan Bell membuatkan semua yang ada di situ tergelak. Kata Bell setiap kali tibanya bulan Ramadhan, pasti wajahnya dijadikan muka hadapan.

Kuat sungguh penangan watak Barkoba dan geng plastik hitam yang dibawakan oleh Bell ini. Kata Bell, dia juga tidak terfikir bakal terjadi seperti ini. Bak komen peminat, watak Barkoba ciptaan Allahyarh4m Mamat Khalid ini akan menjadi sebutan sepanjang zaman.

Sentuhan ajaib Mamat Khalid sampai disebut oleh peminat sebagai icon, Bell pelakon yang disenangi ramai peminat. Mendengar Bell bercakap seperti ini sahaja sudah kedengaran lucu, walhal tuannya tidak membuat kelakar pun. Itulah keistimewaan Bell di mata peminat, lawaknya semulajadi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian video ini telahpun meraih puluhan ribu likes daripada peminat. Kiriman doa untuk kelancaran Bell ke Tanah Suci juga dititipkan oleh peminat. Antara komen-komen mereka :

” Habis nak letak muka siapa lagi… dah memang tu je yg sesuai haha. Semoga mendapat umrah yang mabrur abang Bell.. “

” Rezeki nak buat macam mana haha, yak yak yeyy. Bagus bell ni , icon je dia tak ambik hati pun alhamdulillah, inilaa Pelakon Paling kelakar kalah semua raja lawak.. dia mar4h pun kelakar.. “

” Muka memang kelakar Bell ni. Yak yak yeyy, watak Barkoba akan jadi lejen masa bulan puasa. Terima kasih allahyarh4m Mamat Khalid.. “

” Ramai ingat kat Barkoba. Sentuhan arw4h Mamat Khalid berkesan sampai jadi icon. semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat menunaikan umrah.. “

” Dia gelak, aku pun gelak ishh. Kelakar la Bell ni, icon tak puasa adeh haha. Nak letak muka sapa lagi bell.. Muka hang je yg cun time bulan puasa ni, muka awet muda.. “

” Kes1an Bell, lucu pun ada ad0hai. Abang Bell tetap terbaiklah. Tak ape jadi ikon tak puasa sebab watak pun orang tetap suka dan sayang. orang tak boleh nak benc1 bell ni.. “

” Tak boleh tahan, tengok interview macam ni pun dah lawak, dalam cerita filem lagilah. Ikon lawak masa kini sesuai bro.. “

” Bell adalah ikon Tak Puasa Negara haha, abang idola saya. Semoga dipermudahkan segala urusan di mekah nti bang.. yakyayyey.. “

” Bell ni kan, kalau dia senyap pun org akan gelak. Sebab bell ni ada aura buat org happy je. Tengok pun dah gelak, sentiasa happy patutla nampak muda selalu.. “

Apa nak buat Bell, wajah comel Bell itu jugak yang jadi igauan peminat, hehe. Icon tak puasa yang akan selalu mekar dalam hati peminat. Apa yang penting, semoga Bell dipermudahkan urusan untuk mengerjakan umrah dan selamat pergi serta kembali.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..