” Hi aunties uncle, tak larat nak puasa hari ni.. ” – Ayya Soffya

Gambar Terbaru Anak Wawa Zainal, Ayya Soffya Yang Kini Sudah Berusia 2 Tahun Lebih. Alahai Comel Sangat Soffya Dengan Rambut Panjang Dia Tu. Muka Dah Nak Nampak Seiras Dengan Kak Hayla !!

Ayya Soffya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Anak kepada pasangan selebriti iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafril ini turut mempunyai akaun media sosial yang dikendalikan oleh kedua ibubapanya.

Meninjau ke akaun Instagram, gambar terbaru Ayya Soffya yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Baru beberapa minit ia dimuatnaik, p0sting tersebut telah menerima lebih 2 ribu tanda suka buat masa ini.

Ini kerana, kali terakhir perkongsian mengenai Ayya Soffya ialah pada beberapa bulan yang lepas. Penampilan Ayya Soffya kali ini nampak semakin comel dan cantik. Rambutnya semakin panjang dan wajahnya semakin seiras dengan wajah kakaknya, Hayla.

Menambahkan lagi kecomelan Ayya Soffya ialah gaun bercorak bunga yang dipakainya. Tidak ket1nggalan anak patung kucing yang dipegang oleh Ayya Soffya di mana Ayya Soffya merupakan seorang peminat kucing.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Kebanyakan netizen memuji wajah comel Ayya Soffya yang banyak mewarisi wajah ibunya. Sekadar info, Ayya Soffya dilahirkan pada 1 Disember 2019 dan ini bermakna usia Ayya Soffya pada tahun ini ialah 3 tahun.

Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ayya Soffya mempunyai ibubapa yang memiliki rupa paras yang cantik dan segak. Kecomelan Ayya Soffya diwarisi melalui ibubapanya. Semoga Ayya Soffya membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayya Soffya, Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..