” Sangat istimewa kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama.. ” – DS Siti Nurhaliza

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak DS Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa. Wah Meriahnya, Comel Sangat Afwa Pakai Kostum Baby Shark. Gambar Kedua Tu Redha Je Muka Afwa Kena ‘Bul1’ Dengan Kakak Aafiyah, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, beberapa gambar ketika sambutan hari lahir kedua permata harinya telah dikongsikan. Siti Aafiyah telah menginjak ke usia 4 tahun, manakala Muhammad Afwa pula berusia setahun.

Dato’ Seri Siti menggabungkan majlis hari lahir kedua-duanya kerana perbezaan tarikh antara Aafiyah dan Afwa cuma sebulan sahaja. Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018, manakala Afwa dilahirkan pada 19 April 2021.

Dato’ Seri Siti memilih tema theme park untuk hari lahir untuk kedua-dua permata hatinya kerana Aafiyah sangat gemar bermain dengan air. Malah tema ini juga cukup membuatkan kanak-kanak berasa seronok dan terhibur.

Menerusi gambar yang dikongsikan nampak kemeriahan di majlis tersebut. Afwa kelihatan sangat comel dengan memakai kostum baby shark. Aafiyah pula nampak sangat seronok dapat bermain air bersama rakan-rakan dan keluarganya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan hari lahir buat Aafiyah dan juga Afwa. Antara komen -komen yang diberikan :

” MashaAllah Afwaaaaa apa comel sgt ni.. pip afwa tu ger4mnya.. Selamat Ulangtahun Afiyah & Afwa. Meriah sangat mcdonalds.. “

” Selamat hari jadi afwa dan kakak afiyah .. Afwa mcm muka kak iti ctdk  aafiyah muka ayah.. comel dua dua.. “

” Ala2 gmbr afwa yg ketiga tu omeinya.. Afwa pun dah macam burger McDonald’s. Comel.. kalau dah kembar tu kan…. Lahir pun sama tarikh….. Cuma akak lahir dulu.. “

” Afwaaaaaa whyyyy so comelllll like Dato ct….  Cannot move on.. Comel gambar afwa ngan kakak dia aafiyah.. “

” Dakk afwa ni gebuu gebasss .. Gambar ke 2 : muka afwa mmg muka redha pasr4h jer kena bul1 dgn kakak.. “

” MasyaAllah Afwa .. pipinye bamb4m gebu aafiyah comel.. Happy birthday aafiyah & afwa.. comella afwa kena bul1 ngn kakak ye.. “

” Comei nya afwa pp dia yg bam2 tu aduii melting habis tgk nya .. Siti Aafiyah mirip sekali dengan MAma nya ketika masih belia.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akh1rat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..