” Sayu je bila dengar azan ni, alunan tu gemersik kalbu.. ” – Netizen

Perkongsian Video Black Hanifah Mengalunkan Azan Raih Perhatian Ramai Peminat. Mendayu-Dayu Dan Gemersik Suaranya. Terbaik Black !!

Black Hanifah antara penyanyi yang berbakat dan mampu membawakan lagu bernada tinggi. Bekas protege Mas Idayu ini juga sudah keluar dengan banyak single semenjak kejayaannya dalam program realiti TV, Mentor.

Meninjau akaun Instagram Black Hanifah, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Black mengalunkan azan. Dengan kemerduan dan kelunakan suara yang dikurniakan itu, azan daripada Black ini kedengaran mendayu sekali.

Memetik kata peminat, azan Black ini begitu gemersik dan terasa sayunya. Ungkap Black di ruangan kapsyennya, ini adalah yang ditunggu-tunggukannya dan meminta peminat untuk menanti video penuh alunan azannya ini nanti.

Sehingga kini, perkongsian oleh Black ini telahpun ditonton oleh lebih 72 ribu tontonan setakat ini. Rata-ratanya memuji suara Black dan tidak sabar untuk mendengar azan versi penuh tersebut. Terngiang-ngiang suara Black, fuh hebatlah.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video ini telahpun merekodkan lebih 8000 likes daripada peminat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Terbaik, sedapnya. Yang full version tak dak ke? sayu je bila dengar azan ni. Alunan tu semp0i, rasa tak puas pulak bila dengar.. “

” Alhamdulillah bila diberi peluang, bagi sehabis baik Insha Allah. Kalau Azan macam ni masuk radio mesti syok. Lagi-lagi tunggu nak berbuka puasa, fuhh terasa aura Ramadhan tu.. “

” Merdunya suara Black azan. Saya dah lama tunggu dan tak dapat bayangkan kalau Black azan, memang sedap rupanya. Masya Allah, kurnian Allah suara yang sedap.. “

” Fuh dengar sikit je dah layan. Tak sabar nak dengar penuh punya nanti. Tetiba waze mana masjid hehe.. “

” Subhana Allah indah suara, alunan tu gemersik kalbu. Tahniah Black, nanti bolehlah radio-radio pasang suara azan Black ni.. “

” Share full azan bang, mesti ramai yang nak dengar ni. Merdunya sampai seb4k dengar, terbaik lah abang Black.. “

” Merdunya dengar, azan berbuka puasa ke ni. Fuh cepatlah masuk tv azan Black ni. Sayu dengar tapi rasa berkobar-kobar semangat dengar azan ni.. “

” Suara Black alunkan azan memang syahdu. Anugerah Allah semoga ia membawa perubahan besar dan terbaik dalam kehidupan Black. Banyak pahala ni. Tak sabarnya nak Ramadhan.. “

Bagus Black ada inisiatif untuk menggunakan suara yang diberikan Allah ke jalan yang baik. Tentu ramai yang bersemangat untuk beribadat ke rumah Allah mendengar seruan azan sebegini. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu Black.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..