” Comel tengok Kak Amy layan Oyen makan, manja betul. ” – Netizen

Video Amy Mastura Berkongsi Makanan Dengan Seekor Kucing Raih Perhatian Warganet. Alahai Manjanya Oyen. Tengok Nama Pada Loket Yang Oyen Pakai, Lagi Membuatkan Amy Ingin Terus Berkongsi Makanan. Terbaik Lah Amy !!

Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Amy Mastura, telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang melayan seekor kucing berwarna oren. Tulis Amy pada postingnya, ‘ Sharing is caring, manja betul si Oyen ni..’

Kelihatan kucing tersebut yang digelar sebagai Oyen sangat manja dengan Amy. Malah suara Amy melayan Oyen dalam video itu juga kedengaran sangat manja. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian warganet.

Turut dikongsikan Amy adalah rantai yang dipakai oleh Oyen dan tertulis nama ‘Muhammad’. Sempat Amy berkata dalam video, melihat nama yang tertulis pada loket tersebut membuatkan Amy terus ingin berkongsi makanannya bersama Oyen.

Seingga kini video Amy berkongsi makanan dengan Oyen itu telah mendapat lebih 4300 tanda suka sejak ia dimuatnaik. Alahai Oyen, bukan main manja lagi ye lepas dapat makan. Rupanya Amy memang seorang yang pencinta kucing.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan netizen, malah rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Amy Mastura. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah, may Allah bless you always aamiin. Nama kucing tu ke, alahai Muhammad Oyen lah yer nama dia, hehe.. “

” Amboi Oyen, kau nampak suka betul ye dapat share makanan dengan artis, hahaha bertambah lentok lah kau.. “

 ” Kucing kayangan ni, makan ayam sambal kemain. Macam kucing daalm Puss In Boot. Manja betul suara Amy Mastura layan Oyen.. “

 ” Alhamdullillah punya hati yang mulia. Tak semua orang yang suka melayan kucing macam ni, kadang2 siap tend4ng lagi bila kucing minta makanan.. “

” Comel tengok Kak Amy layan Oyen makan, manja betul Oyen tu. Pandai ye pilih orang, duduk pun sopan je Oyen, hahahaa.. “

” Jgn tert1pu dgn Oyen, they always seem starving padahal d rumah ada bnyk makanan tp mau juga makanan luar like my oren, hahaha btw video ni memang cute sangat.. “

 ” Keluhuran hati seorang puteri. Patutlah Tengku Faizal jat0h hati dulu, baru je semalam tengok Puteri Impian, hahaha.. “

Amboi Oyen, ayam masak merah pun makan juga hehe. Memang comel melihat layanan yang diberikan oleh Amy Mastura kepada kucing itu. Apa-apa pun, semoga dengan berkongsi makan bersama Oyen, bertambah murah rezeki Amy Mastura selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Mastura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..