” Dari biasa-biasa terus jadi mewah, cantiknya tak puas tengok.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Makeover Bilik Air Rumahnya Yang Mencur1 Perhatian Ramai. Memang Woww Terus, Mewah Sangat Lagi-Lagi Dekat Tempat Ambil Wuduk Tu !!

Beberapa hari lalu, penyampai radio Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video yang memaparkan dia ingin mengubahsuai bilik air di rumah. Jelas Sharifah Shahirah atau lebih selesa dengan panggilan Shiera, barang-barang untuk mengubahsuai bilik air tersebut akan dibelinya sendiri.

Kelihatan dalam video itu, pada awalnya tema bilik air tersebut hanya berwarna putih dan kelihatan biasa sahaja. Malah meninjau di akaun Instagram Suria Malaysia, Shiera telah menjemput rakan sekerjanya, Pak Abu untuk melihat hasil ubah suai bilik airnya.

Sebelum mengorak langkah ke dalam bilik air tersebut, telah terlihat pintunya juga telah tertukar. Malah sejurusnya masuk ke dalam, keadaan terus berubah 360 darjah. Manakan tidak, dari awalnya biasa sahaja terus dilihat serba mewah jadinya.

Selain itu, Pak Abu sempat bertanya kepada Shiera kos yang telah dikeluarkan oleh Shiera dan Shiera telah menyatakan bahawa dia telah menghabiskan sebulan gaji untuk menyiapkan bilik air idamannya itu.

Jom tonton video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa kagum mereka setelah melihat hasil makeover bilik air rumah Shiera. Antara komen-komen manarik adalah :

” Dari biasa-biasa terus jadi mewah, cantiknya tak puas tengok. Mesti Kak Rara habis banyak riban ni kan, memang wow lah.. “

” Haha kedek0t lah akak ni, kejap je tunjuk, nasib ig suria review lama, hahaha. Memang lawa betul, tak puas tengok.. “

” Mewah terus nampak. Memang ala-ala t0ilet di Dubai lah, haha. Untung Pak Abu jadi orang terawal rasmi ye.. “

” Cantiknya Kak Shiera, hebat lah. Warna gold ni terus nampak mewah tau, suka tengok, kalau macam ni termenung lama2 pun tak apa dalam toilet, hehe.. “

” Terbaik la kak Shiera, upah mahal tu klau org buat. Beli barang sendiri pun kira dah untung banyak, memang cantik lah.. “

” Cantik, suka tengok tempat ambil air sembahyang tu. Masuk bilik air macam ni terus rasa tak nak keluar haha.. “

” Kalah bilik tidur aku, bilik tidur aku pun tak secantik toilet Kak Shiera. Pas siap terus auto mahal jadinya.. “

Cantik betul hasil ubahsuai yang dilakukan Shiera pada tandas rumahnya. Nampak reka betuk ala-ala negara Arab. Apa-apa pun dengan perkongsian video ini, boleh lah dijadikan contoh kepada mereka yang ingin makeover tandas di rumah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Ijoy, Suria Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..