” Power, pekat oo sebutan nogori dia.. ” – Netizen

Persembahan Tegar Septian Membawakan Lagu Gadis Jolobu Di Big Stage Buat Penonton Kagum. Fuh Slang Nogori Dia, Clear Betul. Nasib Tak Berbel1t Lidah Tegar. Part Rap Tu Memang Padu, Ajai Pun Puji !!

Rancangan Big Stage telahpun memasuki minggu ke 6 iaitu peringkat suku akhir. Persembahan para peserta semakin hebat dan meningkat dari minggu ke minggu. Antara persembahan yang menarik perhatian adalah daripada peserta negara jiran Indonesia, Tegar Septian.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Tegar membawakan lagu Gadis Jolobu. Lagu dendangan asal Dato’ Hattan ini menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan.

Lebih mencabar buat Tegar yang berbahasa Indonesia, dia perlu menyanyi dengan loghat tersebut. Bukan hanya menyanyi, namun Tegar perlu mengikut irama rap. Namun Tegar nyata tidak menghamp4kan dan persembahan Tegar cukup bertenaga.

Markah yang diberikan oleh juri tetap juga tinggi-tinggi belaka. Komen daripada Ajai turut memuji gaya Tegar yang mampu membawakan lagu dalam pelbagai rentak. Bukan mudah untuk dilakukan namun hanya dalam seminggu Tegar berjaya membuktikan kemampuannya.

Jom tonton video di bawah :

Persembahan padu daripada Tegar ini meraih pujian daripada peminat. Seronok mendengar sebutan Tegar yang tidak terbunyi pelat langsung. Antara komen-komen peminat :

” Kagum dengan Tegar, usahanya dan attitude memang A+. Steady je dia rap, Tegar pasti ke final.. “

” Plot twist Tegar sebenarnya memang orang nogori hehe. Pandai dia nyanyi, susah oo loghat nogori ni. mau terbelit lidah.. “

” Sedap g1la, pandai dia nyanyi. Calon juara ni. Power sebutan dia, saya cukup kagum. Ca1r lah gadis gadis Jolobu.. “

” Dia yang orang luar boleh sebut, power la. Sebutan menjadi sebijik-sebijik clear. Manalah Ajai tak puji, memang power persembahannya.. “

” Lancar je sebut, padu lagu nogori sembilan. Tak sangka sebegini bagus persembahan Tegar. Salute la usaha dia.. “

” Power, pekat oo sebutan nogori dia. Bukan senang untuk orang Indonesia menyanyi lagu daerah lagi lagi bahasa nogori.. “

” Siapa sangka Tegar boleh bawak lagu ni dengan baik. Memang cayalah Tegar, terbaik. Kami dekat rumah pun terhibur dan ramai-ramai pakat ikut sekali nyanyi.. “

” Respect orang Indonesia boleh nyanyi lagu nogori aih. tahniah tegar… u did it.. semangat.. Semoga sampai ke final Tegar.. “

” Cant stop smiling while hearing Tegar rap this song. Cayalah Mas Tegar, cakap nogori bro auto minang jadi eyy.. “

Bukan hanya penonton di dewan, malah penonton di rumah juga turut terhibur dengan persembahan hebat daripada Tegar ini. Usaha yang bagus Tegar dan semoga Tegar dapat menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Astro Gempak, Tegar , Youtube Channel Astro Ria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..