” Beauty with brain, bukan biasa-biasa semangat Vanidah ni.. ” – Netizen

Video Vanidah Imran Menerima Anugerah Di Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Dapat Pujian Peminat. Wah Kejayaan Yang Membanggakan. Tahniah Vee !!

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang menimba ilmu ke tahap yang diinginkan. Berbekalkan semangat dan tekad yang tinggi, ianya pasti membuahkan hasil dan inilah yang kini sedap dikecapi oleh pelakon cantik, Vanidah Imran.

Meninjau akaun Instagram Vanidah Imran, telah dikongsikan video yang memaparkan Vanidah ketika menerima penghargaan di Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya. Untuk makluman, Vanidah berjaya menggenggam segulung Sarjana dalam Seni Persembahan ( Drama ).

Menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memberikan ucapan tahniah kepadanya, Vanidah menyifatkan kejayaannya ini seperti mimpi. Impian yang diidamkan menjadi kenyataan setelah sekian lama.

Pastinya kejayaan Vanidah ini akan menjadi pemb4kar semangat buat anak-anaknya kelak. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Vanidah dan detik manis tersebut menjadi sejarah dalam kamus hidup wanita cantik ini.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Berita kejayaan Vanidah ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah kakakku sayang, well done. You are an inspiration. May your success aspire other women to achieve their dreams too.. “

” Congratulations Vee, Alhamdulillah so proud of you. Idola love your spirit. Usia bukan penghalang dan Vee dah buktikannya.. “

” Sis, u sangat power. Dari sambung degree di OUM, terus sambung master di UM. Terbaik. Semoga saya berjaya ikut jejak langkah sis. Tahniah.. “

” Beauty with brain, congratulations Vee. So proud of you sayangku. Dream come true, semoga terus berjaya.. “

” Tahniah kakak cantik, sungguh hebat. Bermotivasi melihat kejayaan kak Vanidah. Semoga nanti akan teruskan hingga PhD. Aamin.. “

” Congratulations again Vee. What a rocky, exciting road you have travelled, the kids must be darn proud. Now, the next chapter.. “

” Tahniah Vee walaupun kita dah berusia tapi semangat belajar. Contoh terbaik, selagi bara masih menyala, sambung terus.. “

” Beauty with brain, bukan biasa-biasa semangat Vanidah ni. Bangganya tengok, contoh selebriti hebat yang wajar dicontohi.. “

Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Vanidah atas kejayaannya ini. Benar kata orang, setiap usaha yang bersungguh-sungguh, pasti akan ada hasilnya. Semoga Vanidah terus maju jaya dan cemerlang pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Vanidah Imran, IG Jaydeesm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..