” Handsomenya baby boy, dah lain wajahnya.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Keempat Wawa Zainal, Muhammad Fahri Cur1 Perhatian Peminat. Alahai Cepat Masa Berlalu, Dah 3 Bulan Usia Fahri. Kecil-Kecil Lagi Dah Handsome, Buat Ramai Yang Ger4m Dengan Fahri Ni !!

Wawa Zainal selamat melahirkan anak keempatnya pada 30 Oktober tahun lalu. Umum mengetahui, Wawa dan Aeril Zafrel menamakan bayi mereka ini sebagai Jibrail Ibtisam pada awalnya namun menukar namanya kepada Muhammad Fahri baru-baru ini.

Semenjak Fahri lahir, cuma ada 2 sahaja perkongsian daripada Wawa tentang Fahri. Satu ketika Majlis Cuk0r Jambul Fahri dan satu lagi video thr0wback Fahri ketika berusia 3 hari. Hasil tinjauan kami di Instagram Wawa, sekeping gambar terkini Fahri telah pun dimuatnaik.

Turut sama kelihatan dalam gambar ini anak kedua Wawa, Hayla. Coret Wawa di ruangan kapsyennya, sudah 3 bulan usia Fahri. Dek kerana kesibukan Wawa dan komitmen kerja, waktu Wawa bersama anak-anak sangat terhad.

Berharap agar ketibaan bulan Ramadhan nanti kesibukan kerjanya boleh berkurang agar Wawa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak tersayang. Betul kata Wawa, dilema mak-mak, hati ingin berada di rumah bermain dengan anak. Namun dalam masa yang sama perlu bekerja.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah comel Fahri ini telahpun mendapat pujian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Handsomenya baby boy, dah lain wajahnya makin cute. Wawa pun cantiknya, tak macam anak 4.. “

” Handsome boy ni, comel comel semuanya anak Wawa ni. Kecik kecik dah handsome, ramai peminat besar nanti ni.. “

” Wah makin besar makin handsome hero kecil Wawa ni. Baby comel ni makin lain dah wajahnya. Manis macam Wawa.. “

” Comelnya handsome boy, dah besar berubah muka babynya. Cepatnya slim Wawa, aku baru anak sorang pun dah macam bad4k sumbu haha.. “

” Sweet and g0rgeous mommy of 4, cantiknya Wawa. Baby pun handsome sangat. Sekejap je baby dah besar ya, begitu pantas masa berjalan.. “

” Alahai muka sama je semua, comel comel anak wawa. si kecil tu soo cute, c0py paste muka Ayya.. “

” Cutenya baby boy ni, dulu nampak macam muka Aeril. Sekarang pun lagi jelas muka Aeril hehe, handsome boy sangat.. “

Sememangnya anak-anak Wawa dan Aeril comel-comel belaka sama seperti ibu dan ayahnya yang cantik dan kacak. Apa-apa pun, semoga semua urusan Wawa berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah agar dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak. Stay safe dan take care selalu Wawa sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..