” Panjangnya dengung, paling tak tahan reaction muka tu, haha.. ” – Netizen

Lufya Omar Kongsi Video Sedang Mengajar Anaknya, Laana Haura Membaca Iqra’. Gelagat Haura Yang Bersungguh-Sungguh Menyebut Huruf ‘Ain’ Buat Ramai Terhibur. Amboi Sampai Senget-Senget Mulut Tu, Mengekek Mummy Gelak. Comel Sangat !!

Keletah dan gelagat anak-anak kecil yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan. Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon Lufya Omar tentang gelagat anak perempuannya, Laana Haura.

Lufya telah berkongsi video terbaru yang memaparkan Lufya sedang mengajar Haura membaca Iqra’. Menerusi video itu, Haura kelihatan comel mengenakan tudung dan memegang buku Iqra’ yang ada di atas meja.

Namun, paling mencuit hati adalah ketika Haura cuba menyebut huruf ‘ain’ . Sambil memejamkan matanya, Haura bersungguh-sungguh menyebut huruf tersebut dengan gayanya tersendiri. Malah dalam masa yang sama, kedengaran suara Lufya turut ketawa setelah melihat gelagat anak kesayangannya.

Perkongsian video oleh Lufya itu telah mendapat perhatian netizen. Ada yang memberikan kata pujian melihat kesungguhan Haura yang mahu belajar mengaji. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 36 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan ger4m melihat gelagat Haura dalam video itu. Antara komen-komen yang menarik adalah :

” Tudia panjangnya dengung ustazah kecik ni, paling tak tahan reaction muka tu, haha, comel lah Haura ni.. “

” Ishlah ger4m tengok, lawak betul peranga1 Haura ni. Tapi bagus, semangat betul dia nak belajar, tahniah Haura.. “

” Hahahahaa comel la Haura, sekali makcik pun ketawa tau. Semoga Haura jadi anak yang solehah ya.. “

” Laaahh budk betuah nie, ger4mm laahh. Nape la comel sgt, smpai munc0ng2 mulut tu sebut huruf ain, hehe.. “

” Bersunggoh-sunggoh. Sooo cute masyaallah, pas ni boleh lah masuk kelas taranum pula ya Haura, hehe.. “

 ” Hahaha comel dia, macam saya la dulu belajar mengaji dengan ibu. Semoga fasih bacaan al-qurannya Haura.. “

” Hahahaha smpai mcm tu sekali muka ye dik, hahaha comel sgt ni, muka muka sekali tu. Allah ger4mmmmmnyaaaaa.. “

Alahai Haura ni sempat lagi buat kelakar yer, tapi comel sangat anak dar4 Lufya ni. Apa-apa pun, semoga Haura terus bersemangat untuk belajar mengaji dan menjadi anak yang baik serta solehah buat mummy tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lufyalaana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..