” Cantiknya Mia. Suka tengok kehidupan Mia sekarang.. ” – Netizen

Kongsi Video Menyambut Kepulangan Suami, Penampilan Terkini Mia Ahmad Yang Bertudung Labuh Raih Pujian Peminat. Semakin Cantik Ibu Anak Dua Ni, Semoga Terus Bahagia Mia Dan Izham !!

Mendapat perhatian ramai selepas membintangi drama popular Hati Perempuan, sudah pasti ramai yang mengenali pelakon Mia Ahmad dan tidak kurang mengikuti perkembangannya menerusi laman media sosial. Namun setelah mendirikan rumah tangga, kelihatan Mia sudah kurang aktif dalam dunia lakonan.

Sudah memiliki dua orang cahaya mata, sekarang Mia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap urusan rumah tangga dan perniagaannya. Meninjau di akaun Instagramnya, Mia sekarang tampil dengan penampilan yang lebih sopan.

Terbaru, Mia ada memuat naik satu video yang memaparkan yang dia menyambut kepulangan suaminya, Mohd Izham Tarmizi dengan suasana makan malam yang romantis. Dalam video tersebut Mia telah mengenakan baju kemeja labuh berwarna putih serta bertudung labuh.

Selain itu, Mia juga memberikan sedikit kata-kata buat suami tersayangnya. Perkongsian oleh Mia pada kali ini telah mencur1 perhatian ramai peminat. Ada yang menyatakan Mia kini lebih cantik dengan penampilan barunya.

Jom tonton video di bawah ini :

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meningg4lkan komen positif dan memuji kecantikan Mia Ahmad dalam video itu. Tidak kurang yang menitipkan doa supaya Mia terus kekal bahagia bersama keluarganya.

” MasyaAllah, Tabarakallah cantiknyaa Mia. Suka tengok kehidupan Mia sekarang. Alhamdulillah, semoga kekal bahagia ya.. “

” Happy family, semoga bahagia sampai Syurga Kak Mia dan suami. Cantik sgt Kak Mia sekarang, sopan sangat.. “

” Semoga bahagia selalu buat Kak Mia dan Tuan Izham sekeluarga. Tumpang happy tengok kehidupan korang sekarang.. “

” Ya Allah, cantiknya Mia sekarang. Makin labuh tudung, makin bertambah cantik Mia, berseri-seri lah.. “

” Suka tgk Kak Mia sekarang. Sejuk je mata memandang. Semakin hari, semakin baek n elok, semoga rumah tgga penuh barakoh.. “

” Alhamdulillah tabarakallah, makin berseri2 lah Mia sekarang, saya suka dengan penampilan sopan Mia sekarang.. “

” Semakin cantik lah ibu anak dua ni, Alhamdulillah semoga kebahagian sentiasa ada dalam rumah tangga korang.. “

Alahai sweetnya video family Mia ni, jelas terlihat kebahagian keluarga kecil ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Mia sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya dan terus bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..