” Bijak Cik Yam cakap, macam nama anak kucing hehe.. ” – Netizen

Video Perbualan Antara Fizo Omar Bersama Haziq Dan Riena Diana Mengenai Respon Wan Maryam Apabila Tahu Bakal Mendapat Adik. Alahai Mulut Cik Yam, Cerdik Betul. Part Nama Baby Tu Comel Sangat !!

Beberapa hari yang lalu, peminat dimaklumkan oleh isteri Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkenaan kehamilannya. Rezeki dari Allah apabila setelah sebulan melayari perkahwinan, Fazeera disahkan hamil dan ianya menjadi kej0tan buat Fizo.

Bukan semua orang dapat bunting pelamin dan bertuah seperti pasangan ini. Berita ini disambut baik oleh peminat dan ucapan tahniah memb4njiri media sosial Fazeera dan Fizo. Selain mereka siapa lagi yang lebih excited selain anak sulung Fizo, Wan Maryam.

Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan perbualan telefon antara Fizo bersama Haziq Hussni dan Riena Diana untuk slot Squad Semb4ng. Bersemb4ng mengenai topik ‘ Bukan Pertama Kali ‘, Riena bertanyakan kepada Fizo reaksi Maryam apabila tahu bakal mendapat adik.

Kata Fizo, Maryam excited dan sudah menyiapkan nama untuk bakal adiknya ini. Confident adiknya nanti adalah baby girl, Maryam ingin menamakannya sebagai Snowflake. Alahai Maryam, nama comel macam Maryam juga.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video perbualan ini telahpun ditonton oleh lebih 23 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat :

” Hahahha ni mesti sebab faktor lagu snowflake.. snowflake.. little snowflake f4lling from the sky.. f4lling f4lling  on my head.. “

” Bijak cikyam cakap, macam nama anak kucing hehe. salam tahniah daripada kami di homestay cantik.. “

Cerita Fizo lagi, Maryam menyangka jika Fizo berkahwin sekali lagi dengan umi Fazeera, mereka akan dikurniakan baby boy pula. Jauhnya kakak Maryam ni berfikir, sampai tergelak Riena mendengar cerita Fizo ini.

Apa pun, tentulah Maryam gembira kerana bakal ada kawan untuk bermain nanti. Semoga Fazeera dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilannya ini dan kandungannya sihat. Tahniah sekali lagi untuk Fizo dan Fazeera atas anugerah dari Allah dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..