” Alhamdulillah, hari ke 7 selepas kelahiran, selesai majlis tahnik dan cukur rambut.. ” – Ridzuan Razali

Video Majlis Tahnik Dan Cukur Jambul Anak Bek4s Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit. Wah Best Nama Babynya. Semoga Membesar Dengan Sihat !!

6 Rejab 1443H bersamaan 7 Februari yang lalu, bekas pengasuh Siti Aafiyah Khalid iaitu Dayah Zubit telah pun selamat melahirkan cahayamata sulungnya. Berita ini turut dikhabarkan oleh Dayah di akaun sosial miliknya.

Meninjau akaun Instagram suami Dayah, Ridzuan Razali telahpun dimuatnaik video yang memperlihatkan majlis tahnik dan cukur jambul untuk anaknya ini. Untuk makluman, Dayah telah selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki.

Sebagaimana kebiasaannya, ianya sunat di hari ke 7 kelahiran bayi untuk diadakan majlis sebegini. Turut memaklumkan nama bayi ini sebagai Muhammad Al Fattah, Dayah dan Ridzuan memakai sedondon busana berwarna serba hitam.

Coret Ridzuan, harapan dan doanya agar Muhammad Al Fattah menjadi anak yang soleh, alim, cerdik dan bijak. Majlis tahnik ini disempurnakan oleh jemputan yang terdiri daripada ustaz dan hafiz alquran.

Jom tonton video di bawah :

Pada perkongsian terdahulu, Ridzuan ada berkongsikan video dari awal Dayah di h0spital sehingga selamat melahirkan. Dalam video ini, sedikit wajah bayi ini kelihatan dan Fattah mempunyai kulit yang putih sama seperti Dayah.

 

Terpancar kegembiraan di wajah ibu bapa baru ini dan pastinya kehadiran Muhammad Al Fattah akan membawa lebih kebahagiaan buat Dayah dan Ridzuan. Doa yang baik-baik pastinya akan sentiasa mengiringi si kecil ini dan semoga membesar dengan sihat selalu Muhammad Al Fattah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG are9ridzuan, IG Dayah Zubit

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..