” Dulu selalu tengok Hadi dan Dayana kat TV berlakon bersama, sekarang dah ada anak .. ” ” – Netizen

Wajah Terkini Anak Dayana Amerda Dan Hadi Mazlan, Maryam Hadiya Yang Hampir Berusia 2 Tahun Raih Perhatian Peminat. Comelnya Maryam, C0py Paste Wajah Ayahnya !!

Pastinya ramai yang masih ingat dengan pelakon kanak-kanak yang dahulunya popular menerusi drama bersiri Elly dan Epit iaitu Dayana Amerda dan Hadi Mazlan. Kini pasangan ini sudah pun mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Maryam Hadiya merupakan nama puteri pasangan ini yang kini usianya hampir 2 tahun. Meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar terbaru Maryam ada dikongsikan. Pasangan ini jarang berkongsi gambar Maryam, sesekali dikongsikan pasti meraih perhatian ramai.

Ramai menyatakan wajah Maryam saling tidak tump4h seperti wajah Hadi. Semakin Maryam membesar, wajah Maryam nampak berbeza. Comel sangat Maryam dengan kulitnya yang putih melep4k.

Perkongsian gambar terbaru Hadi dan Maryam ini ialah pada awal tahun 2022 yang lalu di mana Hadi mendoakan semoga tahun 2022 ini dikurniakan keselamatan di dunia dan di akh1r4t oleh Allah SWT.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai yang memuji kecomelan Maryam di mana wajahnya seiras seperti bapanya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Muke mcm abi+ummi moga jd anak solehah.. lain muka bila dah besar.. Masyallah~ moga dayanaamerda hadi_mazlan bahagia selalu di samping keluarga.. “

” Ya Allah, cepat nya masa berlalu dan pergi. Dulu selalu tengok hadi dan dayana kat tv berlakon sama2 . sekarang dah ada anak .. “

” Ehhh sejak bila pulak anak dayana dah besar mcm niii cepatnya masa berlalu cantik anak dayana .. C0py paste ayah nye..  “

” MasyaAllah Maryam dah besar moga menjadi anak yg Solehah..  doakan Saya ye dayana, semoga sy dikurniakan zuriat yg soleh solehah.. “

” SubhanAllah comel sungguh.. cepat je da besar .. Comel g1la.. muka ayah dia sgt.. Awww dah boleh berjalan dah.. “

” MashaAllah anak solehh Comelnya awak. c0py paste muka ayah byk.. dh besar Maryam Hadiya.. daddy girl.. “

” MasyaAllah besar dah.. Dulu jumpa maryam, merangkak pun tak reti lagi, asyik nang1s je bila dukung sekarang dh boleh jalan jauh2 eh.. “

Cepat sungguh masa berlalu, rasanya seperti Hadi dan Dayana masih kanak-kanak lagi. Kini keduanya sudah pun bergelar ibu dan bapa. Semoga Maryam Hadiya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayana Amerda, Hadi Mazlan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..