” Indahnya lagu sempena kelahiran Muhammad Bilal.. ” – Netizen

Video Muzik Khas Kolaborasi Antara Haris Ismail Dan Bazli UNIC Sempena Kelahiran Muhammad Bilal Raih Perhatian Peminat. Wah Merdunya Suara Abah Bilal, Siap Ada Gambar Bilal Versi Blur Lagi !!

Meninjau akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan doa meraikan kelahiran bayi nyanyian Bazli Unic berkolaborasi dengan Haris sendiri. Muzik video khas ini dirakamkan sempena kelahiran anakanda tersayang, Muhammad Bilal.

Tidak semua orang tahu ada doa khusus yang boleh dibaca ketika menjenguk bayi. Kata PU Riz di kapsyennya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Doa yang cukup ringkas dan amat mudah untuk diingati apabila didengar berulang kali video ini.

Turut dipaparkan oleh PU Riz dalam postingnya ini gambar keluarga dan kelihatan seperti bayi sedang baring di atas katil namun gambarnya dikaburkan. Muhammad Bilal menjadi sebutan peminat semenjak Neelofa mengumumkan namanya di Instastory beberapa hari lepas.

Rata-rata peminat memuji inisiatif PU Riz ini dan ramai yang sudah mula menghafal doa ini. Suara PU Riz juga merdu dan sedap didengari. Tentu Bilal pun seronok dapat mendengar dendangan suara daripada abah tersayang ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, telah lebih 15 ribu tanda suka diraih oleh posting oleh PU Riz ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Masya Allah, bagusnya pasangan ini ajar kita cara cara berdoa sebelum melihat bayi. jadi kita tahu oh rupa rupanya kena ada doa.. “

” Terbaik MV doa ini. 5 kali dengar dah boleh hafal dengan mudahnya.. Alhamdulillah dapat jugak tengok blurred version of Bilal. Auntie tetap hadap.. “

” Special untuk Bilal ye ustaz dan umi bilal sekali hehe. Semoga Bilal menjadi anak soleh. Banyak ganjaran pahala dan ilmu yang bermanfaat untuk ummah.. “

” Masya Allah terima kasih share ilmu. Kami baca dari kejauhan untuk Bilal. Best dengar ulang ulang kali. Suara ustaz best.. “

” Masya Allah, tenang dan mengusik jiwa dengar. Barakallah Muhammad Bilal, permata hati umi dan abah.. “

” Merdunya suara Haris, ulang ulang kali dengar. Semoga baby bilal terh1ndar dari perkara yg bur0k dan dilimpahi dgn kasih sayang dari org yg melawat.. “

” Allahu seb4k dengar.. semoga anakanda Muhammad Bilal bin Muhammad Haris menjadi anak soleh penyejuk hati umi dan abah.. “

” Merdunya suara riz dan bazli ni, gandingan yang mantap. Sedap dengar dan mudah untuk hafal. indahnya lagu sempena kelahiran muhammad bilal.. “

Alhamdulillah suara yang merdu dan doa yang baik untuk diamalkan. Terima kasih untuk gandingan Bazli dan Haris atas perkongsian yang bermanfaat ini. Untung Bilal, Abah siap menyanyi untuk Bilal. Semoga Bilal sentiasa dalam lindungan dan terh1ndar daripada penyak1t ain.

Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haris Ismail, Neelofa, Youtube Bazli ChannelĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..