” Alahai seb4k pulak tengok gambar ni, bersua jua Ainul dengan Dr Amalina.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Pertemuan Kembali Antara Adik Ainul Mardhiah Dan Dr Amalina Bakri Selepas 3 Tahun Buat Netizen Tersentuh. Akhirnya Ainul Dapat Jumpa Insan Yang Banyak Berjasa Dengannya Ini. Reunion Of The Year !!

Kisah si kecil istimewa bernama Ainul Mardhiah ni pernah tular beberapa tahun sudah. Di sebalik kejayaan merawat Ainul, nama Dr Amalina Bakri menjadi buah mulut netizen dan sehingga kini jasanya buat Ainul masih dikenang.

Beberapa hari yang lalu, Dr Amalina ada berkongsikan khabar yang dia dalam perjalanan pulang ke tanah air. Setelah lama tidak bertemu keluarga, Dr Amalina kini sudahpun bersua dengan insan-insan tersayang termasuklah adik Ainul dan kedua ibu bapa Ainul.

Meninjau akaun Instagram ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan pertemuan kembali mereka setelah 3 tahun peristiwa Ainul menerima rawatan di kota London.

Jika dahulu Ainul masih bayi, kini Ainul sudah besar dan Ainul kelihatan gembira sekali bertemu Dr Amalina. Dr Amalina turut berkongsikan gambar yang sama dan mengatakan dirinya gembira melihat Ainul membesar dengan sihat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting ini telahpun mendapat perhatian daripada netizen dan hampir 40 ribu likes direkodkan sehingga kini. Antara komen-komen mereka :

” Alahaiii seb4k pulak tengok gambar ni. Akhirnya bersua juga Adik Ainul dengan Dr Amalina. Her favourite doctor.. “

” Tumpang seronok tengok reunion ni, semoga Allah membalas semua kebaikan dr Amalina pada adik ainul.. “

” Alhamdulillah bertemu juga akhirnya setelah bbrapa tahun operasi perubatan utk Ainul & Dr Amalina.. Moga ukhwah yg terjalin terus kekal.. “

” Wah reunion Ainul dengan Dr Amalina lah. Nak nang1s pulak tengok moment ni. Suka tengok senyuman Ainul tu. Dah besar dia.. “

” Lovely, good to see you guys here with baby Ainul. Malaysia so proud to have you, go girl power. Reunion of the year.. “

” Alhamdulillah gembira dan seb4k tengok pertemuan kembali ainul dengan dr amalina. You are a hero doc. Always proud of you.. “

” Akhirnya bertemu juga Dr Amalina dan Ainul. Ukhuwah tetap terjalin, alhamdulillah. Best adik ainul dapat jumpa doc.. “

Netizen tumpang gembira melihat pertemuan ini dan pastinya ini akan menjadi memori yang indah untuk adik Ainul sekeluarga. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berterusan sampai bila-bila. Selamat bercuti Dr Amalina dan stay safe selalu walau di mana berada.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Erwani Zaidi, IG Dr Amalina Bakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..