Gambar-Gambar Malam Berinai Usop Mentor Dan Nur Fatihah Bertemakan Bollywood

Wah Meriahnya, Pengantin Pun Dah Macam Artis Bollywood Lah. Sama Cantik Dan Sama Padan !!

Tanggal 4 Februari 2022 merupakan tarikh keram4t buat Usop Mentor dan Nur Fatihah kerana telah pun selamat bergelar sebagai pasangan suami dan isteri. Pasangan ini diijabkabulkan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Meninjau ke akaun Instagram Kakiklikphotography yang merupakan jurugambar rasmi majlis pasangan ini, beberapa gambar Usop dan isteri telah dikongsikan ketika majlis malam berinai yang berlangsung semalam.

Pasangan ini telah memilih tema Bollywood untuk majlis malam berinai mereka. Kedua-duanya nampak segak dan cantik. Fatihah mengenakan persalinan berwarna merah, manakala Usop pula mengenakan persalinan berwarna krim dan putih. 

Majlis tersebut turut diserikan dengan sebuah pelamin yang penuh dengan bunga-bungaan berwarna pink dan merah. Wah, sekali pandang Fatihah persis seperti her0in filem Bollywood lah. Cantik dan berseri sangat.

Jom lihat perkongsian di bawah ;

( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya..)

Lagi gambar malam berinai :

( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya..)

( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya..)

Sekadar info, Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan. Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah ketika majlis pernikahan mereka hari ini.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Usop dan pasangannya, Nur Fatihah. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kakiklikphotography, Usop Mentor, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..