” Syukur alhamdulillah, bahagia tengok sejuk mata memandang.. ” – Netizen
Video Majlis Pernikahan Anak Kedua Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Asyraf Murtadha. Alhamdulillah, Dapat Menantu Lagi. Sepadan Pasangan Mempelai. Tahniah !!
Sekitar bulan September 2020 yang lalu, Datuk Dr Norhafizah Musa ada berkongsikan gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis pertunangan anak keduanya, Asyraf Murtadha dan pasangannya Aisyah Zafirah.
Kini setelah beberapa tahun ik4tan pertunangan terjalin, pasangan Asyraf dan Aisyah disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Meninjau akaun Instagram Ustazah Norhafizah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kedua mempelai ketika berada di atas pelamin.
Tulis Datuk Norhafizah di kapsyennya, rasa syukur kerana anak terunanya ini telahpun sah menjadi suami kepada puteri impian. Menitipkan doa dari dirinya dan suami, Datuk Norhafizah berharap agar bahtera rumahtangga anak dan menantunya ini berjalan dengan baik.
Datuk Norhafizah turut memohon daripada semua agar semua dapat mendoakan yang baik-baik untuk pasangan mempelai ini. Kelihatan sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua Asyraf dan pasangannya ini.
Jom tonton video di bawah :
Ucapan tahniah memb4njiri posting oleh Datuk Norhafizah ini dan sehingga kini hampir 3000 komen dicatatkan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Barakallahufikum. MasyaAllah. Tahniah buat ustazah sekeluarga menerima menantu baru. Semoga bahagia hingga syurga.. “
” Tahniah Ustazah terima menantu. Semoga Allah memberkahi pasangan pengantin. Bahagia bersama hingga ke jannah.. “
” Tahniah ustazah atas perkahwinan anak teruna ustazah… Selamat pengantin Baru… Barakallahu lakuma. Semoga Allah merahmati pernikahan ini.. “
” Alhamdulillah tahniah ustazah dan family. Comelnya pengantin, sama sama manis. moga mempelai bahagia dunia dan juga akhirat.. Aamiin.. “
” Tabarakallah.. SubhanAllah cantik pengantin baru ni. Tahniah ustazah dan ustaz. Semoga mereka berbahagia sehingga ke syurga. Aamiin.. “
” Tahniah ustazah dan family. Sejuk je mata ni memandang keindahan keluarga ini. Mempelai yang sama cantik sama padan. Semoga diberkati Allah selalu.. “
” Syukur alhamdulillah, bahagia tgk dua keluarga disatukan dgn ik4tan perkahwinan. semoga Asyraf dan Aisyah berbahagia hingga ke jannatul Firdaus.. “
Tahniah diucapkan buat Datuk Norhafizah sekeluarga dan juga Asyraf Murtadha daripada kami di Berita Kopak. Semoga perkahwinan yang terjalin ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ustazah Norhafizah Musa, IG Asyraf Murtadha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..