”  Tak tinggi takpa, tapi bakat Bro luar biasa.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Bersama Dato’ Jalaludin Hassan Ketika Bell Nagsri Masih Kecil, Kapsyen Yang Ditulis Bell Buat Ramai Terhibur. Ad0i, Tak Pernah Tak Kelakar Lah Bell Ni !!

Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga pelawak, Bell Ngasri. Memulakan kerjaya lakonannya sejak kecil lagi, Bell antara selebriti yang mampu mengekalkan popularitinya dalam industri hiburan tanah air.

Meninjau ke akaun Instagram, Bell ada memuatnaik gambarnya ketika di zaman kanak-kanak bersama pelakon Dato Jalalludin Hassan. Menurut Bell walaupun sudah lama berlalu, ketinggiannya tetap tidak dapat mengatasi pelakon berbakat besar itu.

Perkongsian ini membuatkan ramai terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Bell. Tidak dinafikan Bell tetap awet muda walaupun usianya sudah melebihi 40 tahun. Selamanya macam sweet 17 je kan, hehe.

Sekadar info, ahli keluarga Bell merupakan keluarga seni di mana ibubapa serta adik-beradiknya yang lain terlibat dengan dunia lakonan dan juga pengacaraan. Namun sehingga kini Bell sahaja kekal aktif dalam industri hiburan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai yang mengus1k Bell dengan pelbagai komen yang mencuit hati. Antara komen- komen yang diberikan :

” Ko tgh blakon serius ke tu?hihi.. Cerita tajuk ipin.. Bell ttp rendah n kelakar.. Masa ni dialog ikut skrip tak? “

” Tak sngka yg kecik tu skrg pelawak yg slalu buat gusi org tak kering. Ciptaan Allah bersyukur.. Jawapan anda muktamad? “

” Keanu Reeves tak pernah tua…… Bell ngasri – Okey.. Tetap rendah diri walau sudah lama dalam industri. Begitulah beliau… “

” Sehingga ke hari ini abg bell tetap merendah… iaitu merendah diri walaupun dh dalam category legend.. “

”  Tak tinggi takpa tapi bakat Bro luarbiasa.. grow up w all ur drama … antara pelakon kanak-kanak yg terbaik era Bro.. “

” Saya peminat nombor 1 Saudara Bell bellngasriofficial . Drama ‘Merdeka Ajis Merdeka Ajit’ citer abg Bell paling best .. “

Bell dahulunya banyak memegang watak serius namun kini Bell lebih menyerlah sebagai seorang pelawak. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Bell Ngasri terus berjaya dalam dunia hiburan dan terus menghiburkan peminat. All the best buat Bell.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..