” Cantiknya rumah Cik Piah, pattern dia lain dari yang lain.. ” – Netizen

Penyampai Radio Suria FM, Feeya Iskandar Kongsi Video Rumah Barunya Yang Meraih Perhatian Peminat. Wah Cantik Reka Bentuk Rumah Feeya. English Style Lagi !!

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang apatah lagi apabila sudah berkeluarga. Rumah idaman baik moden mahupun klasik rekaannya, ianya pasti menjadi rumahku syurgaku bagi pemiliknya.

Meninjau akaun Instagram Feeya Iskandar, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan luaran rumah baru Feeya yang masih dalam proses pembikinan. Kata Feeya hanya tinggal sedikit sahaja lagi rumahnya ini bakal siap sepenuhnya.

Pada perkongsian terdahulu, Feeya berkongsikan video dalaman rumah yang sedang dicat. Kelihatan pintu dan tingkat juga sudah selesai dipasang. Dalamannya sahaja sudah nampak luas dan besar rumah Feeya ini.

Memilih gabungan warna putih dan kelabu, rumah Feeya ini nampak menarik. Dengan keluasan rumah tersebut, ianya pasti cukup selesa untuk anak-anak Feeya yang semakin membesar. Rezeki Feeya dapat memiliki rumah seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

Sejak ia dimuatnaik, posting oleh Feeya ini telahpun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada peminat. Ramai yang memuji rumah Feeya ini dan antara komen-komen mereka :

” Wah cantiknya rumah, tahniah Cik Piah. pergh macam omputih punya style lah rumah Cik Piah. Let0pan nak api.. “

” Cantiknya rumah cik piah. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah swt. Saya tumpang gembira dengan rezki cik piah yg bakal mempunyai rumah sendiri tak lama lagi. Semoga segala persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt.. “

” Wow seronoknya Cik Piah, cantik rumah. Pattern dia lain dari yang lain, nampak english style di situ. Sedap mata memandang.. “

” Ootd depan rumah pun dah lawa, tahniah Cik Piah. Cantik dan luas betul rumahnya, bolehlah datang raya rumah cik piah nanti hehe.. “

” Wow cantiknya rumah dia, memang sangat sangat cantik dan menarik. Alhamdulillah rezeki cik piah sekeluarga.. “

” Alhamdulillah dan tahniah cik piah, ada rumah sendiri. Cantiknya rumah cik piah, nanti jangan lupa house tour ok.. “

” Cantik reka bentuk rumah cik piah. dah la cantik, luas betul. Berseni sungguh ala-ala mat salleh la pattern rumah ni.. “

Selepas ini, bolehlah Feeya kongsikan rekaan dalaman rumah pula. Mungkin boleh jadi sumber idea untuk peminat menghias kediaman masing-masing. Apa pun, tahniah Feeya untuk kejayaan memiliki rumah sendiri ini dan semoga Feeya terus maju jaya dalam kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Feeya Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..