” Lamanya tak tengok Edry, terubat rindu pada Edry.. ” – Netizen

Gambar Dato’ Yusry Abdul Halim Sekeluarga Raih Perhatian Peminat. Wah Edry Balik Malaysia Lah, Sudah Lama Tak Dengar Khabar Edry. Segak Macam Dulu !!

Nama anak muda Norman, Yusry dan Edry pernah menjadi keg1laan dan pujaan ramai peminat wanita ketika zaman kegemilangan KRU. Kini masing-masing sudah berkeluarga dan membawa haluan masing-masing.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Yusry Abdul Halim, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar Dato’ Yusry bersama kedua ibu bapanya, adik beradik dan isterinya, Datin Lisa Surihani.

Memandangkan semua cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, barulah mereka dapat berkumpul bersama. Lebih istimewa lagi apabila Edry turut sama pulang ke Malaysia untuk bercuti. Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai Edry dan pastinya gambar ini mengubati rindu peminat.

Untuk makluman, Edry menetap di United Kingdom sejak tahun 2018 lagi dan turut membawa bersama isterinya, Milia Mohamed dan 4 orang anak mereka iaitu Emil, Edylia, Emery serta Elya. Anak muda berwawasan tinggi ini juga turut menubuhkan syarikat di sana.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Dato’ Yusry ini telahpun mendapat perhatian peminat dan kel1bat Edry menggamit rindu peminat. Antara komen-komen peminat :

” A group of legend, KRU. So happy to see Sir Edry safe and well in this picture, may his dear family is the same as well. May Allah bless and pr0tect each and everyone, amin.. “

” Masa 90’s time sekolah menengah, ternampak ur sister kat Ipoh. Kec0h all my friends ckp that’s KRU sister.. “

” Alhamdullilah lamanya tak nampak photo semua sekali anak-anak Pak Halim. lama tak nampak dan ada update dari Edry, terubat rindu tengok gambar ni.. “

” Buatlah konsert KRU rindu pulak. ulang-ulang tengok konsert lama sed1hhh hahahaha family loving-loving.. “

” Ya Allah lama nya tak tengok abang Edry. semoga semua sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah selalu.. “

” Alamak abanglong dah hampir dpt diskaun warga emas.. Huhu.. Kita pun menua bersama.. Bestla Edry blk kg makan best.. “

” Lama tak nampak Edry. Seronok tengok Edry ada dekat Malaysia. Kirim salam kat Edry, Your family picture is complete.. “

” Alhamdulillah lamanya tak tengok photo abang Edry. Rindu dekat Edry, masih tetap nampak segak macam dulu.. “

” Edry lama tak dengar update terbaru dari edry. Lovely family pic, Yusry. missing Edry with his magical touch in music.. “

Memang sudah lama tidak ada sebarang perkongsian daripada Edry. Lengkap gambar keluarga Abdul Halim apabila semua anak-anak ada bersama. Walau di mana jua Edry berada, semoga Edry success selalu dan berjaya mencapai impiannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusry Abdul Halim, IG The_edrys

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..