” Wah geng Januari juga lah, boleh geng dengan anak Lofa nanti. Hehe.. ” – Netizen

Harris Alif Kongsi Berita Gembira Isterinya, Intan Ladyana Selamat Melahirkan Zuriat Sulung Mereka. Wah Sama Dengan Anak Neelofa Lah Bulan Januari Juga. Tahniah Harris Dan Intan !!

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah diulangsiar posting oleh penyanyi dan pelakon, Harris Alif di Instastorynya yang mengkhabarkan tentang isteri tersayang, Intan Ladyana sudah selamat bersalin anak sulung mereka.

Menurut Haris, pada tanggal 31 Januari 2022 tepat jam 11.40 malam lahir lah cahayamata yang dinanti-nantikan oleh mereka ini. Memanjatkan kesyukuran kepada Allah, pastinya lega hati seorang suami apabila sang isteri dan anak kedua-duanya selamat.

Pada perkongsian terdahulu di akaun Instagram Harris, dikongsikan sekeping gambarnya bersama Intan yang ketika itu sudahpun berada di h0spital. Memohon kepada Allah agar urusan isterinya ini dipermudahkan, peminat turut menitipkan doa untuk Intan.

Buat rekod, pasangan ini hanya mengesahkan tentang kehamilan setelah kedua-duanya dijangk1ti Cov1d-19 pada bulan Disember lalu. Ketika ini kandungan Intan telahpun berusia 7 bulan dan mereka memberitahu ada sebab tersendiri merahsiakan tentang kandungan ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian dan ucapan tahniah diberikan untuk Intan dan Harris. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah, sama birthday dengan saya. Congratulations Intan and hubby on the arrival of your new bundle of joy.. “

” Alhamdulillah congrats to mommy and daddy. Wah geng Januari juga lah, boleh geng dengan anak Lofa nanti hehe.. “

” Tahniah harris dan intan berape menit je lagi nak ke bulan 2. Welcome to the club baby january, tak sabar nak tengok muka baby, mesti comel.. “

” Tahniah Intan dan Harris, alhamdulillah penyeri keluarga yang bakal memeriahkan lagi suasana. Selamat berpant4ng Intan.. “

” Wah seronoknya dah bergelar ibu dan ayah. Tahniah untuk kedua-duanya, semoga both mommy dan baby cepat sembuh dan sihat selalu.. “

” Congratulations intanladyana dan harrisalif on the arrival of your bundle of joy. Moga baby membesar dgn sihat, menjadi anak yg beriman soleh. Speedy recovery to mummy.. “

” Tahniah sweet couple, yeayy welcome to the club. Mesti baby pun comel macam ibu dan ayahnya. Selamat berpant4ng Intan.. “

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan bersalin untuk Intan. Pastinya kehadiran si kecil ini akan menceriakan lagi rumahtangga mereka. Tahniah daripada kami di Berita Kopak, buat Intan selamat berpant4ng dan semoga baby membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Harris Alif

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..