” Alhamdulillah, puteri sulung daddy dan mommy.. ” – Harris Alif

Harris Alif Kongsi Gambar Intan Ladyana Dan Anak Mereka Yang Baru Lahir Raih Ucapan Tahniah Daripada Peminat. Wah Dapat Baby Girl Lah, Mesti Comel Macam Mommy Dia !!

Malam tadi sekitar jam 11.40 malam, Harris Alif berkongsikan berita gembira bahawa isterinya, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka. Hanya rasa syukur dapat diungkapkan oleh Harris kerana semuanya dipermudahkan.

Ketika itu, Harris tidak memaklumkan samada ianya bayi perempuan ataupun lelaki. Hasil tinjauan kami di Instagram Harris Alif, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Harris bersama Intan dan bayi mereka itu.

Tulis Harris di kapsyennya berbunyi ” 31.1.2022 Alhamdulillah, puteri sulung mommy dan daddy “. Harris turut mengucapkan terima kasihnya untuk semua doa-doa yang baik daripada peminat untuk mereka sekeluarga.

Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Intan dan Harris. Walaupun gambar wajah bayi mereka ini masih belum ditunjukkan dan ditutup dengan perkataan ‘Aquarius’, peminat meneka pastinya si kecil ini bakal comel seperti mommy dan daddynya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Ucapan tahniah membanj1ri ruangan komen posting oleh Harris ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tahniah Harris dan Intan.. May Allah bless you and family.. Happynyaaa tengok dah lengkap 1 family.. semoga mommy and baby sihat selalu.. “

” Alhamdulillah. Tahniah korang.. Semoga bertambah2 rezeki dan kebahagiaan.. Semoga baby n mommy sehat2 selalu.. Aamiin.. “

” Congratsssss adekkk.. Dah jadi daddy dah harrisalif.. Sama laa date kita 31/1.. Tahniah.. Intan lawa g1ler.. semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” Congratulations on your bundle of joy.. Alhamdulillah tahniah Dan syukur buat harrisalif Dan intanladyana.. Assalamualaikum baby.. Sure cute.. “

” Alhamdulillah. Tahniah alif dan intan dh ada pangkat.. Selamat berpant4ng buat intan.. bila nk tunjuk muka baby.. tak sabarnya.. “

” Tahniah haris dan intan dapat baby girl.. Selamat menjadi ibu bapa Dan Selamat berpant4ng intan.. yeahh baby girl mest comel sangat.. semoga jadi anak yang solehah.. “

” Tahniah kak intan dan abg haris. Semoga membesar dgn baik dan jadi anak yg soleh untk mommy intan n daddy harris.. “

Lengkaplah sudah mahligai bahagia Intan dan Harris dengan kehadiran bayi perempuan mereka ini. Selamat melalui fasa baru bergelar ibu dan ayah buat Intan dan Haris. Semoga semuanya berjalan lancar dan stay safe. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Alif, Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..