” Nak nang1s tengok bilik tetamu macam ni, eksklusif sangat.. ” – Netizen

Video Bilik Tetamu Di Rumah Datin Shahida Dan Dato’ Aliff Syukri Buat Ramai Terpegun. Fuhhh Punyalah Besar, Dekorasi Dah Macam Hotel Mewah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Bilik Rahsia Lagi !!

Semenjak kebelakangan ini, sudah jarang netizen mendengar sebarang kontr0versi melibatkan usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Sri Aliff Syukri. Bahagia dan tenang dengan kehidupan bersama keluarga tersayang, ia membuatkan Datin Shahida juga senang hati.

Meninjau akaun Instagram Datin Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida menunjukkan bilik tetamu yang ada di rumah agam miliknya dan Dato’ Aliff sebagai menjawab pertanyaan daripada netizen.

Jarang untuk Datin Shahida menunjukkan kemewahan dalam rumahnya itu namun demi pengikutnya di media sosial, permintaan diturutkan sekalipun sudah ditegah oleh Dato’ Aliff. Kata Datin Shahida, bukan untuk merasa r1ak cuma berkongsi idea hiasan dalaman rumah sahaja.

Dalam video ini, sebanyak 4 bilik tetamu yang berbeza keluasan dan susun aturnya dipaparkan. Memang cantik sekali laksana hotel 5 bintang kesemuanya dengan lampu chandelier dan katil yang tampak selesa.

Jom tonton video di bawah :

Sebanyak 84 ribu tontonan sudahpun dicatatkan sehingga kini. Ramai yang memuji kecantikan bilik tetamu di rumah Datin Shahida ini. Antara komen-komen netizen :

” Besar dan cantik serta kemas semua bilik tamu ni. Macam mana nak apply jadi tetamu ye hehe. Teringin betul nak stay tengok bilik secantik ni.. “

” Datin n dato ni kalau tido hotel mewah2 mesti tak rasa ape2 sebab rumah sendiri lagi lawa dri hotel mewah2 luar tu haaa. tgk saje bilik tamu dia. fuh hebat.. “

” Cantiknya macam bilik hotel 5 bintang lah. Nak nang1s tengok bilik tetamu macam ni, hebat citarasa dato dan datin.. “

” Cantik dan besar sangat biliknya. macam hotel 5 star, pandai dato dan datin hias. Ala ala duduk istana betul ni.. “

” Alhamdulillah cantik, macam duduk dalam istana je. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dato dan datin. Memuliakan tetamu ni.. “

” Kalau macam ni memang tetamu tak keluar bilik ni datin. Bilik tetamu dah macam hotel, serba mewah dan luas.. “

” Fuh bilik tetamu kalah bilik hotel ni. eksklusif sangat biliknya, bagus meraikan tetamu dan fikirkan keselesaan tetamu.. “

Sedap mata memandang dan terasa ketenangan serta kedamaiannya. Betul kata netizen, sudah seperti hotel mewah dekorasi dalaman bilik tetamu ini. Beruntunglah sesiapa yang menjadi tetamu Datin Shahida. Apa pun, terima kasih Datin Shahida atas perkongsian ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..