” Sedapnya, comel tengok Anuar Zain layan anak-anak saudara dia.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri, Syamel Bersama Anuar Zain Menyanyikan Lagu ‘Seribu Tahun’ Di Dalam Kereta Raih Perhatian Peminat. Merdu Sangat, Tu Belum Masuk Ziana Zain Lagi !!

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa penyanyi popular Anuar Zain merupakan bapa saudara kepada Ernie Zakri. Sejak dua menjak ini, Anuar Zain mahupun Ernie sering menjadi perhatian ramai di laman media sosial.

Meninjau di akaun Instagram milik Sinar, telah berkongsi satu video yang memaparkan Ernie Zakri bersama suaminya, Syamel dan Anuar Zain sedang menyanyi di dalam kereta. Kedengaran mereka bertiga ini telah menyanyikan lagu bertajuk ‘Seribu Tahun’ nyanyian asal penyanyi Aiman Ajmain.

Meskipun tampil menyanyi dalam keadaan bersahaja hanya berada di dalam kereta, vokal ketiga-tiga mereka telah dapat pujian ramai. Ramai yang memuji menyatakan Ernie, Syamel serta Anuar Zain memiliki suara emas yang sangat merdu didengar.

Selain itu, ada juga yang menyatakan gaya Anuar Zain melayan anak-anak saudaranya  kelihatan begitu comel. Hingga kini perkongsian video tersebut telah ditonton lebih 18 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang kagum mendengar suara Ernie, Syamel dan Anuar Zain menyampaikan lagu tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sedapnya, comel tengok Anuar Zain layan anak-anak saudara dia. Kalau ada kak Ziana lagi power ni, hehe. Happy je tengok family dorang.. “

” Woww sedapnya, tak sangka belakang Syamel dan Ernie, ada Anuar Zain, hehe. Layan betul lagu ni bila mereka bertiga menyanyi.. “

” P0wer, memang p0wer. Suka sangat lah, sebab Syamel bawa gayanya yang tersendiri, macam tu juga Ernie dan Anuar Zain.. “

” Pls buat konsert, hehe jangan lupa bawa Ziana sama join tau, baru mantap, hehe dapat bayangkan, mesti melet0p lah konsert tu.. “

” Jodoh kan, Syamel dapat beristerikan Ernie yang datang daripada keluarga seni juga, merdu betul suara masing-masing.. “

” Perrghhh sedap g1ler wehhh, nak tggu Anuar Zain buat konsert and invite Syamel dan Ernie, confirm tiket habis tak sampai 24 jam.. “

” Suka lah tengok Anuar Zain pnya style, hehe layan Ernie dan Syamel macam anak2 dah, memang p0wer suara mereka ni.. “

Sedap lah suara Anuar Zain join kaki berduet bersama anak-anak saudara tersayangnya. Apa-apa pun, semoga segala urusan Ernie, Syamel dan Anuar Zain sentiasa dipermudahkan dan berharap mereka bertiga ini akan terus berjaya dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar, Ernie Zakri, Anuar Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..