” Serius kami ingat 2 je anak Tok Sidang, baru tahu ada anak dar4.. ” – Netizen

Tok Sidang Jinggo Kongsi Video Bersama ‘ Anak Perempuannya ‘ Yang Baru Pulang Dari Scotland. Eh Betul Ke Anak Dar4 Tok Sidang Ni, Cantik Orangnya. Ingat Ada Anak 2 Orang Lelaki Je !!

Menerusi akaun Instagram Tok Sidang Jinggo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wajah seorang anak gadis yang bernama Qhailisha Darwinaa. Kata Tok Sidang, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya ada seorang lagi anak perempuan.

Cerita Tok Sidang lagi, Qhailisha tinggal di Scotland dan sudah 20 tahun tidak pulang ke Malaysia. Setelah 14 hari menjalani tempoh kuarant1n, barulah mereka dapat bertemu mata dan berkumpul semula.

Walaupun sudah lama menetap di negara orang, anak dar4 Tok Sidang ini masih boleh lagi bercakap bahasa Melayu dengan fasih. Iyelah selalunya jika sudah lama di luar negara, pasti akan sedikit pelat kerana terbiasa dengan bahasa Inggeris.

Pendedahan oleh Tok Sidang ini membuatkan ramai peminat yang terkej0t. Manakan tidak, yang umum tahu Tok Sidang cuma ada 2 orang anak lelaki sahaja. Namun tidak mustahil kata peminat ini adalah anak angkat Tok Sidang yang sememangnya mempunyai ramai anak angkat.

Jom tonton video di bawah :

Nampak cantik dan manis sahaja anak gadis ini. Sentiasa terukir senyuman di wajahnya dan antara komen-komen peminat :

” Anak Tok Sidang dengan Sheila Rusli ke?  Cantiknya dia. Komer ingatkan Tok Sidang ada 2 boy je. Alhamdulillah syukur.. “

” Anak kandung Tok Sidang ke bakal menantu ni. M4lu m4lu nampak muka Abang Mika, comel la dia tok sidang.. “

” Tok Sidang ada anak dar4 rupanya. Anak angkat ke anak kandung, cantik betul. Ingatkan Wanna Ali tadi.. “

” Ye ke, ingatkan anak Tok Sidang 2 boy tu je. Alolo cantik orangnya, alhamdulillah. Sekali tengok macam Jong Kok lak.. “

” Assalamualaikum tok sidang. Saya mmg ingat sgt sebab dulu selalu baca majalah. Finally terjawab. Ha betul la saya kata. Ada sorang anak dar4.. “

” Cantiknya anak Tok Sidang, surpr1se sangat. Semoga kebahagiaan terus kekal bersama family Tok Sidang, aaminn.. “

” Serius kami ingat 2 je anak Tok Sidang, baru tahu ada anak dar4. Lawanya dia, ate lame bebenor 20 tahun tu.. “

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah seorang lagi anak angkat Tok Sidang kerana tiada sebarang komen lagi yang dijawab oleh Tok Sidang setakat ini. Apa-apa pun, gembira melihat Tok Sidang dapat bertemu kembali dengan ‘anak perempuan’ nya ini. Semoga berbahagia selalu Tok Sidang sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo, IG Sheila Rusli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..