” Nasib tak tertukar, photostat cap apa lah ni sebijik sama muka.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Azian Mazwan Sapuwan Bersama Anak Perempuannya, Nur Athirah Hanim Pada Hari Konvokesyen Jadi Perhatian Peminat. Eh Dah Macam Adik Beradik, Muka Sama Betul Mak Dengan Anak Ni. Cantik Dan Manis !!

Bagi peminat yang membesar di era 80-an, pastinya mengenali penyanyi bernama Azian Mazwan Sapuwan. Pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini cukup popular kerana kemerduan dan kelunakan suaranya itu.

Meninjau akaun Instagram Azian, telah dikongsikan beberapa posting yang memaparkan Azian bersama anak perempuannya, Nur Athirah Hanim ketika menghadiri majlis konvokesyen Athirah yang bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Athirah yang menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ) dalam bidang Bachelor Of Sosial Work With Honoured. Wah bukan biasa-biasa anak dar4 Azian ini, sudahlah cantik, bijak pula orangnya.

Kata Azian, hari ini dia meraikan hari istimewa anakandanya ini. Bukan anak sahaja yang tidak sabar, ibunya juga tidak sabar untuk melihat anak tersayang memegang sijil kebanggaan hasil pen4t lel4h belajar di universiti selama ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Azian ini telahpun menarik perhatian daripada peminat dan ramai yang menegur kesamaan wajah antara Azian dan anaknya ini. Antara komen-komen peminat :

” Uishh ingatkan adik beradik Kak Yan tadi, potostat betul mukanya dengan Kak Yan. Apa pun, congrats kakak.. “

” Anak dengan mak macam adik beradik, muka serupa betul terkel1ru sekejap mana Azian mana anak. Tahniah untuk anakmu.. “

” Seirasnya muka Azian dengan anak dar4, nampak sama sangat. Tahniah untuk kedua-duanya, anak dan mak atas kejayaan ni.. “

” Macam adik dengan kakak lah, ish sebijik sama muka tak ada beza langsung. Macam 2 beradik je.. “

” Muka sama, macam kembar lah Kak Yan dengan anak. nasib tak tertukar hehe, photostat cap apa lah ni.. “

” Ni baru betul cap ibu dan anak, sama sangat sangat mukanya. Macam bayangan Azian masa muda belia dulu je anaknya.. “

” Laa ingatkan adik bongsu tadi, baru nak sampaikan salam dari peminat hehe. Mini Azian betul la yang ni.. “

Hampir-hampir terkel1ru peminat dibuatnya melihat wajah Azian dan anaknya ini, memang banyak persamaannya. Apa-apa pun, tahniah dari kami di Berita Kopak untuk Athirah kejayaan ini dan semoga pada masa hadapan Athirah akan berjaya dalam kerjaya pula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azian Mazwan Sapuwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..