” Cantik, handsome parent Haris. Patut lah si Haris ni pun handsome.. ” – Netizen

Gambar Neelofa Bersama Keluarga Mertua Ketika Majlis Perkahwinan Adiknya, Athisha Khan Raih Perhatian Warganet. Nampak Awet Muda Lah Ibu Harris Tu, Cantik !!

Kehidupan selebriti terkenal, Neelofa sering menjadi perhatian ramai di laman media sosial. Bahkan sejak dirinya belum mendirikan rumah tangga sehinggalah sekarang. Umum mengetahui Neelofa tidak lama lagi bakal bergelar seorang ibu.

Kurang berkongsi tentang hal peribadinya di laman media sosial, buat ramai yang ternanti-nanti perkembangan si cantik ini bersama suami tersayangnya, Haris Ismail yang merupakan seorang usahawan dan pendakwah bebas.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milk utluvdrama, telah berkongsi satu gambar terbaru yang memaparkan Neelofa bersama keluarga mertuanya. Difahamkan gambar tersebut diambil ketika majlis perkahwinan adik Neelofa iaitu Athisha Khan pada hari ini.

Semestinya gambar tersebut telah mencur1 perhatian ramai. Hal ini kerana Neelofa mahupun Haris tidak pernah berkongsi gambar mereka bersama keluarga buat tontonan umum setelah majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Perkongsian gambar Neelofa bersama ibu dan bapa mertuanya itu telah menjadi perbualan netizen di ruangan komen. Ada yang tidak menyangka yang ibu Haris masih kelihatan muda dan bapanya pula kelihatan kacak. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ya Allah cantik handsome parents Haris, patutlah si Haris ni pun hansome. Tengok lah acuannya, memang woww.. “

” Bapak ensem tu sebab anak hensem. Tengok bapak dia mase muda mmg ensem tau, hehe. Perasan time nikah Lofa dlu.. “

” Mudanya Mil lofa, hehe. Nampak macam keturunan alan2 pakistan lah juga, macam Neelofa, sama padan sama cantik.. “

Gambar yang sangat ‘mahal’. Jarang nak dapat tengok gambar Neelofa bersama keluarga mertuanya. Mungkin ramai yang tak tahu, bapa Haris ini sebenarnya bergelar Datuk Seri dan seorang usahawan yang berjaya. Namun lebih memiliki sikap yang sangat rendah diri dan tidak mahu dikenali ramai.

Apa-apa pun, comel gambar Neelofa bersama keluarga mertuanya. Nampak dah semakin sarat kandungan Neelofa, rasanya sedang menanti hari untuk menyambut anak sulungnya. Apa-apa pun semoga segala Neelofa nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Utluvdrama, Neelofa, Haris Ismail

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..