” Dan lagi Aafiyah main baju kahwin kakak eh. Jangan terk0yak sudah. Haha.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Persandingan Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit. Amboi Teruja Sungguh Aafiyah, Boleh Pulak Dia Tarik Kain Kak Dayah Yer. Dayah Pun Comel Bersanding Bawa Baby Dalam Perut !!

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa posting gambar-gambar dan video-video ketika berlangsungnya majlis persandingan dan doa selamat kepada Dayah Zubit iaitu bekas pengasuh Siti Aafiyah.

Berlangsung di Cornerstone IPC ( KLCC ), majlis berjalan dengan begitu meriah. Diiringi alunan selawat, kedua mempelai memasuki dewan menuju ke pelamin. Aafiyah adalah yang paling excited apabila dapat melihat kakak kesayangannya ini bersanding.

Dari video yang dipaparkan, nampak erat dan sayang sungguh Aafiyah pada Dayah. Iyelah dari bayi sampai usia Aafiyah 3 tahun, Dayahlah yang melayani kerenahnya. Lihat sahaja gelagat Aafiyah, berkepit dengan kakak Dayah sepanjang berada di atas pelamin.

Dayah juga dikej0tkan dengan nyanyian istimewa daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada majlisnya ini. Aafiyah pula sambil memegang erat tangan Dayah sempat lagi menari-nari di atas pelamin. Alahai Aafiyah, buat ramai yang terhibur lah tengok Aafiyah ni. Untuk rekod, Dayah kini sedang hamil, nampak comel bersanding dengan perut besar.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat terutamanya telatah Aafiyah dan muka lucu yang dibuatnya. Antara komen-komen peminat :

” Selamat bersanding Dayah dan suami. Haha dan lagi Aafiyah main baju kahwin kakak eh. Jangan terk0yak sudah haha.. “

” Ya ampun Aafiyah ni, nampaklah Aafiyah tu rapat sangat dengan Dayah. Sayang pada yang ikhlas padanya kan, bila hati dah sayang. So sweet la.. “

” Comellah Aafiyah ni, nampak sangat gembira Aafiyah dapat bergambar dengan kakak Dayah. Muka cheeky betul Aafiyah ni.. “

” Aafiyah cannot be apart from Kak Dayah even ibu dia depan mata. So cute lah Aafiyah menari-nari macam tu.. “

Untuk rekod, majlis akad nikah Dayah telahpun berlangsung pada Jun 2021 namun dek kerana ketika itu masih dalam tempoh PKP, majlis persandingan tidak dapat diteruskan dan hanya melaksanakan yang wajib sahaja dahulu.

Nah, jika dulu Aafiyah dapat video call sahaja dan melihat kakak Dayah dalam persalinan baju pengantin, kali ini dapat mengiringi siap jadi pengapit kakak Dayah lagi naik pelamin. Apa pun, semoga Dayah berbahagia selalu dan dipermudahkan untuk bersalin nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Dayah Zubit

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..