” Pergh sedapnya suara, bila legend menyanyi awesome.. ” – Netizen

Kongsi Aktiviti Di Bilik Hotel, Suara Faizal Hussein Menyanyi Lagu Buat Peminat Tertarik. Wah Boleh Tahan Suara Abang Roy Ni. Sampai Berkerut Dahi Part Tarik Tu, Memang Legend Lah !!

Sebut sahaja nama Faizal Hussein, bayangan watak Roy yang dibawakannya dalam filem G1la G1la Remaja pastinya masih segar dalam ingatan peminat. Sekalipun sudah berpuluh tahun menceburkan diri sebagai anak seni, lakonan Faizal masih lagi dinanti-nantikan peminat.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Faizal Hussein, telah dikongsikan satu video berdurasi seminit lebih yang memaparkan aktiviti Faizal ketika berada di dalam bilik hotel. Kata Faizal, ini antara cara terbaik untuk melepaskan perasaan negat1f.

Faizal turut memaklumkan di kapsyennya bahawa dia kini sedang dalam penggambaran filem baru dan sudah 2 hari Faizal terperap di bilik menunggu babak lakonannya. Ketika ini Faizal berada di Tasik Raban Resort.

Mengalunkan lagu berjudul ‘ Cant Take My Eyes Of You ‘ diiringi petikan gitar, suara Faizal nyata tidak mengecew4kan. Merdu juga suaranya dan sedap didengar. Penuh penghayatan dan ekspresi wajah apabila Faizal menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

Suara Faizal ini telahpun mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya memuji kelunakan suara Faizal. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Steady lah legend kita ni. Favourite song kita jugak ni bang. Abang boleh jadi calon next Gegar Vaganza.. “

” Terbaik legend, steady lah bang. Feel betul tu sampai berker0t dahi dahi hehe. I love you more la abang Roy.. “

” Fuh bila legend menyanyi, awesome. Pergh sedapnya suara, wewittt nak sign abang. Next lagu lain pulak bang.. “

” Wow sedap jugak suara Abang Faizal ekk. Steady lah nyanyi dengan petikan gitar camtu pun dah enjoy kita dengar.. “

” Sedapnya suara, seorang yang berbakat besar. Berilah apa jua watak, pasti akan dijayakan dengan sangat baik.. “

” Wow suara not bad, calon Gegar Vaganza ni, duet dengan kak Adibah Noor mesti gemp4k ni. Terbaik lah bang.. “

” Bestnya suara, bukan pandai belakon je, menyanyi pun power. Kalau ada show nak akustik back up, roger gua bro.. “

Namanya pun anak seni, memang berbakat besar Faizal ni. Berlakon hebat, menyanyi pun boleh tahan suaranya. Bak kata peminat, boleh jadi calon peserta Gegar Vaganza lah lepas ini. Apa pun, good luck untuk filem baru dan stay safe selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faizal Hussein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..