” Alhamdulillah tahniah Eyra, dah agak dah.. ” – Netizen

Sahkan Diri Sedang Hamil Anak Kedua, Eyra Hazali Kongsi Video Reaksi Suaminya Haziq Nadzli Ketika Dimaklumkan Tentang Berita Gembira Ini. Wah Hayder Dah Nak Jadi Abang Lah. Yang Last Tu Hint Baby Girl Ke Baby Boy !!

Pasangan ini pernah menjadi sebutan ramai peminat kerana memilih untuk bernikah pada usia masih muda. Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli kini bahagia bersama cahaya mata mereka, Muhammad Hayder Qhalish.

Meninjau akaun Instagram Eyra Hazali, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan bagaimana Eyra memberi kej0tan kepada Haziq tentang kehamilan keduanya. Sememangnya sejak kebelakangan ini peminat sudah menyedari seperti kelihatan baby bump pada setiap gambar Eyra.

Eyra menyesahkan kehamilannya kini hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi sebelum melahirkan zuriat kedua. Seperti Hayder dahulu, kali ini reaksi Haziq juga speechless. Melihat alat pregnancy test yang tertera keputusan positif, Haziq menyangka Eyra meletakkan alat yang lama.

Tersenyum gembira Haziq sambil memberitahu Hayder bahawa Hayder bakal mendapat adik. Video call bersama ahli keluarga Eyra dan Haziq juga ada dipaparkan dan semuanya turut gembira dengan berita ini. Eyra juga telahpun membuat majlis baby shower dan ianya dapat dilihat pada akhir video.

Jom tonton video di bawah :

Kegembiraan ini telahpun mendapat hampir 43 ribu likes daripada peminat. Ucapan tahniah menbanj1ri posting Eyra ini dan antara komen-komen peminat :

” Eyra sayang, congratulations. Dah lama perasan dan exactly true. Yay Hayder nak jadi abang dah, mesti comel.. “

” Alhamdulillah congratulations big boss and lady boss. Yeay Hayder become be a brother. Girl ke boy eh, sus4h nak teka ni hitam putih video nya haha.. “

” Tahniah Kak Eyra, waa Hayder dah nak jadi abang dah la. Happy for you, tersenyum kita tengok reaksi Haziq tu. Nasib tak melompat.. “

” Alhamdulillah tahniah Eyra, dah agak dah. Yeay Hayder dah nak jadi abang, comel je muka abang Haziq tu. Senyum happy betul.. “

” Kenapa aku menang1s ni aishh. Tahniah dah buat saya nang1s haha. Congrats Eyra, Hayder nak jadi abang sudah.. “

” Congrat Eyra dan husband. Yey Hayder dah nak dapat adik. Dah agak dah tengok lain sangat Eyra sekarang.. terjawab sudah teka teki hehe.. “

” Dah dapat agak sebab nampak badan eyra macam lain. Hayder senyum tu tahu tak nak dapat adik haha. Tak sabar nak tengok Hayder dengan adik dia.. “

” Dah perasan lama perut kak eyra macam pregnant je yeay it’s true. Muka Haziq ek ger4m haha. Aku pun jadi excited tengok.. “

Teka teki peminat sama ada Eyra hamil atau tidak sudah pun terjawab. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Sama-sama kita nantikan sama ada ‘baby keeper’ ataupun ‘baby mama’ pula kali ini. Apa pun, jaga diri dan kandungan Eyra. Semoga semuanya dipermudahkan sehingga selamat melahirkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyra Hazali, IG Muhammad Haziq Nadzli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..