” Tak banyak beza pun, awet muda lah dua-dua ni.. ” – Netizen

Selepas Lebih 25 Tahun Digandingkan Semula, Pelakon Edika Yusof Kongsi Gambar Lamanya Bersama Vanidah Imran. Woww Memang Tak Nampak Banyak Beza, Masih Kacak Dan Cantik Lah !!

Pelakon Edika Yusof adalah antara pelakon yang cukup dikenali satu masa dahulu. Malah personaliti selebriti ini yang sekarang telah berusia 54 tahun sangat disenangi para peminatnya.

Baru-baru ini, Edika telah memuat satu foto lama di instagramnya. Menerusi foto tersebut, kelihatan Edika bersama pelakon Vanidah Imran. Tulis Edika pada kapsyennya adalah mereka berdua kembali bergadingan dalam sebuah telefilem setelah lebih 25 tahun tidak berlakon bersama.

Perkongsian foto itu telah menarik perhatian ramai peminatnya. Hal ini kerana foto tersebut telah membuatkan ramai yang menggamit memori dengan lakonan Edika bersama Vanidah pada masa lalu.

Mungkin ramai yang tahu bahawa nama dua pelakon ini bukan calang-calang dan mereka juga memang pelakon yang sudah lama berada dalam industri seni tanah air. Hingga kini foto Edika bersama Vanidah telah mendapat lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata memuji bahawa wajah kedua pelakon ini kelihatan awet muda dan tidak banyak berubah meskipun gambar tersebut telah pun berusia puluhan tahun. Antara komen-komen menarik adalah :

” Gandingan mantap, gambar ni yang tahun 1996 punya drama ke bro. Wah memang tak nampak beza sangat lah.. “

” Dulu handsome, sekarang pun masih handsome. Begitu juga dengan Kak Vanidah, masih cantih dan menawan.. “

” Tak banyak beza pun, awet muda la dua-dua ni. Suka tengok lakonan Edika dan Vanidah memang bijak menjiwai watak.. “

” Lama tu, tak sabar nak tengok drama tu nanti. Semoga terus berjaya Edika dan Vanidah dalam industri seni.. “

” Saya bangga tengok artis malaysia yang handsome mcam papa Edikayusof ni, lakonan pun menjadi, tahniah.. “

” Wowww congrats both of you. Dua-dua awet muda lah. Ada tips tak untuk nampak muda mcm korang ni, hehe.. “

” Good luck bigb0ss, rezeki ada di mana2. Mesti berlakon kali ni menggamit kenangan lalu kan, lama betul tak berlakon bersama.. “

Lama Edika tak bergandingan bersama Vanidah, memang gambar yang dikongsikan oleh Edika itu betul-betul menggamit kenangan peminat. Apa-apa pun, semoga Edika Yusof dan Vanidah Imran akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Edika Yusof, Vanidah Imran

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..