” Bagusnya, orang nampak terus nak. Tak perlu lama-lama memilih.. ” – Netizen

Inisiatif Shima Anuar Untuk Membantu M4ngsa Banj1r Raih Pujian Peminat. Bagus Idea Shima Ni, Memang Memudahkan Semua Pihak. Kreatif Sangat !!

Negara terutamanya penduduk di negeri Selangor dikej0tkan dengan mus1bah banj1r besar dan sehingga hari masih banyak lagi kawasan yang masih belum surut sepenuhnya. Tidak hanya orang biasa malahan di kalangan selebriti juga mengambil inisiatif mereka untuk saling membantu.

Achey Bocy, Fad Bocey, Dato’ Fizz Fairuz, Sharifah Shahirah dan ramai lagi antara yang turun padang untuk menghulurkan bantuan berupa bekalan makanan dan pakaian. Bagi pelakon Shima Anuar sendiri tidak berdiam diri dan turut mengatur langkahnya.

Meninjau akaun Instagram Shima Anuar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shima bersama anak sulungnya, Marian Sophia menyediakan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak sebelum diedarkan kepada mereka yang memerlukan.

Menariknya adalah cara Shima mengasingkan ke semua pakaian ini mengikut jenis dan umur. Setelah dicuci, pakaian-pakaian ini dimasukkan dalam plastik dan dilabelkan dengan kemas. Pastinya usaha kecil Shima ini akan menggembirakan hati anak-anak yang menerima pakaian ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Shima ini telah mendapat lebih 8000 likes daripada peminat dan rata-ratanya memuji cara Shima ini. Antara komen-komen peminat :

” I suka tgk you kalau bg gift dkt org mesti nak cantik jugak. Effort tu AAA. Sejenis shima mmg gigih and very organized person.. “

” Terserlah keikhlasan memberi, teliti betul. Tak nampak baju terpakai pun. Kemas nyer shima buat kerja.. suka tgk cara dia.. “

” Suka tengok cara akak cermat dan sangat kemas. Alhamdulillah semoga yang baik-baik untuk urusan seterusnya.. “

” Nice packing macam ni. Tak messy and senang nak pilih. Semoga Allah murahkan rezeki you dan family.. “

” Bersih, kemas, teratur dan ikhlas. Senang packing macam ni.. jelas dan memudahkan urusan mangs4-mangs4 banj1r.. Alhamdulillah.. “

” Tertib nyaa packing, memudahkan untuk mangs4 banj1r pilih ikut umur dan jenis dan kemas packagingnya. Terbaik adore sangat.. “

” Bagusnya, orang nampak terus nak. Tak perlu lama-lama memilih. Tahniah kak Shima, sangat teliti, seronok tengok.. “

” Bagusnya buat macam ni. Shima bagi inspirasi, nak buat mcm ni jugak la. nampak tersusun sgt. tq shima.. moga Allah merahmatimu selalu.. “

Memang nampak kemas dan tersusun sahaja packaging yang dihasilkan oleh Shima ini. Boleh jadi panduan untuk penderma-perderma lain di masa hadapan. Semoga bantuan Shima ini meringankan beb4n dan Shima dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shima Anuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..