” Awal-awal tengok ingat Iman Troye tadi, serius lawa.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Majlis Pernikahan Oktovia Manrose Bersama Bekas Pemain Bola Sepak Raih Perhatian Peminat. Sama Cantik Sama Padan, Comel Je Anak Ikut Bersanding. Tahniah Oktovia !!

Tarikh 21 Disember menjadi pilihan ramai artis sebagai tarikh istimewa melangsungkan perkahwinan dan salah seorangnya adalah Oktovia Manrose. Tanpa sebarang g0sip bertebaran, Oktovia selamat bergelar isteri buat kali kedua.

Meninjau akaun Instagram Official Hlive dan Inaijari, telah dikongsikan gambar dan video ketika majlis pernikahan Oktovia berlangsung. Memilih bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, keduanya nampak berseri-seri sekali.

Disempurnakan sendiri oleh ayah Oktavia, Iwan Syahman, majlis ini berlangsung di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall. Turut sama hadir adalah saudara mara terdekat Oktovia dan sepupu-sepupunya bertindak sebagai dulang girls.

Anak tunggal Oktovia daripada perkahwinan terdahulunya, Muhammad Rayyan Zulkarnain turut sama mengiringi Oktovia masuk ke dewan dan menemani ibunya ini di atas pelamin. Majlis berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali. 

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Jom tonton video di bawah :

Turut sama dikongsikan di Instagram Era.je video Oktovia bersama suaminya ini.

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Cantiknya Oktovia, selamat pengantin baru. Handsome husband dia, sama cantik sama padan bagai pinang dibel4h dua.. “

” Tahniah Octovia dan Togo, selamat pengantin baru. Manis tengok Octovia, berseri-seri. Memang cantik-cantik adik beradik dorang ni.. “

” Congrats pasangan, manisnya dia bertudung. Cantik bertudung semuanya, selamat pengantin baru, Semoga kekal bahagia ke syurga.. “

” Tahniah cantik lain nampak muka dia. suka tengok semua bertudung. Semoga suami baru dapat jaga oktovia dan ank sampai bila-bila. slmt pengantin baru.. “

” Tahniah Octavia, alhamdulillah. Ramai sekarang tahu tahu dah kahwin. Nampak cantik sangat, semoga bahagia ke jannah.. “

” Alhamdulillah, tahniah octovia dan pasangan. Tahu tahu kahwin, awal-awal tengok ingat Iman Troye tadi. Serius lawa betul pakai tudung.. “

” Tahniah buat kedua mempelai, sama cantik dan sama padan. Muka nak sama, semoga jodoh berpanjangan dan mahligai dibina kekal bahagia hingga ke jannah.. “

Bertemu bahagia jua akh1rnya Oktovia dan kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke syurga dan aman damai selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Officialhlive, Era.je, Lufyalaana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..