” Dah nampak bakat si cilik, boleh jadi Mazuin Hamzah Quinary M.. ” – Netizen

Dato’ Jamal Abdillah Kongsi Video Telatah Anak Perempuannya, Nur Azura Yamani Bermain Drum. Amboi Si Kecil Ni, Dah Tunjuk Bakat Nampaknya. Mewarisi Dar4h Seni Babah Sangat Ni !!

Nama Yamani menjadi trademark bagi semua anak-anak Raja Pop Negara, Dato’ Jamal Abdillah. Sehingga kini, Dato’ Jamal sudahpun dikurniakan seramai 4 orang anak melalui perkahwinan terdahulu dan perkahwinannya sekarang.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Jamal Abdillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak ketiganya, Nur Azura Yamani yang asyik ‘ bermain ‘ drum. Azura terlihat sedang duduk di kerusi sambil memegang stick drum. 

Tulis Dato’ Jamal dikapsyennya ringkas sahaja berbunyi ‘ Anak saya Nur Azura ‘ dan tag nama isterinya Datin Zai Izzati. Comel sungguh Azura secomel namanya, dengan kulit putih gebu yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya ini membuatkan wajah Azura manis dipandang mata.

Ada style Azura bermain drum dan kata peminat, puteri tunggal Dato’ Jamal ini sudah mula menunjukkan bakat seninya. Iyelah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi betul tak. Bertambah cute Azura dengan rambut tocang tepinya itu.

Jom tonton video di bawah :

Hampir 6000 tontonan telahpun direkodkan sejak ia dimuatnaik dan ramai yang terhibur melihat gelagat Azura. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Haa boleh dah tu masuk studio, comelnya. Pandai ke Zula hehe. Amb0i amboi si kecil seorang ni. Masuk kelas muzik la babanya.. “

” Alhamdulillah, cerdik dan cantik. Ni mesti ikut jejak ayahanda dia. Semoga sentiasa sihat afiat dan jadi anak yang solehah.. “

” Besar nanti dah boleh ada family band.. kedua abangnya penyanyi, main gitar pun bole.. azura bole main drum pulak.. “

” Dah la cute, berbakat dan cerdik pulak tu alhamdulillah. Dah nampak bakat si cilik comel ni. Boleh jadi Mazuin Hamzah Quinary M.. “

” Ala comelnya Nur Azura, melt1ng tengok. Superb, penyambung bakat babahnya. Cantik Azura besar nanti ni.. “

” Dah nampak terserlah bakat seni dari babah pada Azura. Anak comel dan lagi cerdik, alhamdulillah. Zuzu ngan abgnya dah boleh start band nampaknya.. “

” Amb0i kecil lagi dah menampakkan bakat ikut ayahnya. Rock ke balada ke janji ket0k sudah haha. Entah apa lagu dia bed4l pun tak tahu.. “

Minat sudah ada, tinggal digilap sahaja bakatnya dan tidak mustahil Azura boleh jadi pelapis seni yang disegani dewasa kelak. Apa pun, semoga Azura membesar dengan sihat selalu dan jadi puteri kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Jamal Abdillah, IG Zaiizatti17, IG Azurayamani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..