” Cantik, nampak klasik lah. Penuh istiadat Melayu.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Sekitar Majlis Resepsi Elisya Sandha Dan Uzair Haqimy Yang Meraih Perhatian Ramai. Cantik Lah Pengantin, Berseri-Seri !!

Pada bulan Ogos lalu, pelakon Elisya Sandha yang juga adik kepada Fasha Sandha telah mengakhiri zaman gadisnya bersama Uzair Haqimy iaitu anak kepada Sheila Rusly. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Pasangan mempelai ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak 5 tahun lalu. Dalam majlis pernikahan tersebut, Elisya telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang tangan dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22 .

Terbaru meninjau di akaun Instagram milik bapa Uzair iaitu Jinggo telah berkongsi satu video yang memaparkan majlis resepsi anak dan menantunya yang berlangsung di negeri Perlis. Menerusi video itu, kelihatan Elisya dan Uzair segak mengenakan pakaian songket berwarna coklat.

Malah menerusi akaun Instagram Fasha juga tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar sekitar majlis resepsi adik tersayangnya. Perkongsian video dan gambar-gambar tersebut hingga kini telah mendapat tanda suka puluhan ribu daripada netizen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata memuji pasangan pengantin ini kelihatan berseri-seri dalam mengenakan baju songket. Selain itu, mereka juga turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Elisya dan Uzair. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Cantik, nampak klasik lah. Penuh istiadat melayu. Berseri-seri wajah Elisya. Selamat pengantin baru korang, smga hubungan yang dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga.. “

” Alhamdulillah, orang perlis memang cantik-cantik noh. Ni baru raja sehari, memang berseri-seri dengan baju songket macam tu.. “

” Cantiknya, tahniah Elisya dan Uzair. Walaupun dah kwen beberapa bulan, seri pengantin tu tetap ada.. “

” Alahai meriahnya nampak mjlis sambut menantu. Cantik lah tengok baju pengantin ni, Elisya makeup smple pun berseri.. “

” Tahniah, alhamdulillah dah selesai. Nampak klasik lah, macam kenduri orang dulu-dulu, masih mengekalkan elemen melayu.. “

” Lawa sangat baju. Aduhaiiii songket tu memang nampak timbul lah bila Elisya bakai. Tahniah, selamat pengantin baru.. “

” Macam puteri kayangan lah Elisya. Cantik betul menantu kesayangan Sheila Rusly ni. Semoga terus bahagia Elisya dan Uzair.. “

Cantik Elisya mengenakan baju songket ketika majlis resepsinya, patutlah ramai yang memuji, memang nampak berseri-seri pengantin. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Elisya dan Uzair. Semoga kalian sentiasa bahagia bersama hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo_jspictures, Fasha Sandha, Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..