” Comel, ikut jejak mommy dia.. ” – Netizen

Video Anak Shila Amzah, Seth Uwais Cuba Menyanyi Lagu Yang Ditontonnya Raih Perhatian Peminat. Alahai, Ada Bakat Macam Mommy Lah !!

Meninjau ke akaun Instagram Shila Amzah, p0sting terbaru Shila mengenai anak lelakinya, Seth Uwais telah meraih perhatian ramai. Shila telah berkongsi gelagat Seth ketika menonton sebuah muzik video.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Seth cuba mengikut rentak lagu tersebut dan cuba menyanyikannya. Hal ini membuatkan Shila berasa sangat gembira dan hampir mengalirkan air mata melihat gelagat anaknya itu.

Ini kerana Seth masih belum boleh bercakap walaupun usianya sudah 2 tahun. Oleh kerana ini Shila berasa begitu bersyukur apabila melihat perkembangan terbaru Seth ini. Pastinya lama kelamaan Seth akan cuba bercakap pula.

Perkongsian Shila ini telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Melihat di ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama mengenai anak mereka yang lambat bercakap.

Jom tonton video di bawah :

Selain itu, ada juga yang menyatakan Seth bakal mengikut jejak langkah ibunya sebagai seorang penyanyi. Antara komen-komen yang diberikan :

” Anak sy pun masih tk clear ckp time umur2 seth.. Skrg pun masih strvggle utk berckp.. Da pegi terapi da semua.. tkpe. As mom kita kene terus buat yg baik utk anak.. “

” No w0rries mommy… slowly but surely… jgn nang1s nanti dia paling sedap nyanyi kalah mommy dia .. Good job Seth Lots of love from makcik.. “

” Insyallah seth ikut jejak akak satu hari nanti.. Hope everything okay and wonderful happens in your life..  comel.. “

” Anak saya pn lmbt ckp, rupanye gegendang telinga nye berair..die dengar tp TK jelas, skrg msh followup speech delay dkt hosp.. “

” Anak saya dulu sepatah pun TK nk berckp umur 2tahun. hantar taska dia jd ok slow slow bergaul, slowy but surely itu yg paling penting.. anak kita kita beri yg terbaik.. “

” Cuteness overl0ad.. Ikut jejak mommy dia.. Slowly but surely. Im cry1ng tooo Masya Allah. May Allah ease your family shaa.. “

” My son now dah 29yo.. bercakap masa umur 4 tahun lebih dear. Now he works as software engineer. InsyaAllah Seth akan jadi anak yg lebih hebat. Allah maha baik.. “

InsyaAllah, Seth akan boleh bercakap suatu hari nanti. Mana tahu pada masa tu mommy pun tak terlayan cerita Seth kan. Semoga Seth Uwais membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Aminn.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan