” Style nya mummy Fatima dulu-dulu.. ” -Netizen

Kongsi Gambar Ketika Kecil Bersama Rakan-Rakan Sekolah, Penampilan Fazura Raih Perhatian Peminat. Wah, Dengan Cermin Mata Hitam Dan Beg Tangan, Memang Nampak Dari Kecil Macam Artis Sangat !!

Memori semasa zaman kanak-kanak pastinya banyak memberi kenangan yang indah-indah. Apabila dilihat kembali gambar ketika kecil, pastinya banyak perkara yang dapat mengimbau kembali memori silam semasa kecil.

Meninjau ke akaun Instagram Fazura, p0sting terbaru Fazura yang memuatnaik gambarnya ketika kecil telah meraih perhatian peminat. Fazura telah berkongsi sekeping gambar bersama rakan-rakannya di sekolah rendah.

Apa yang menarik ialah penampilan Fazura yang berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Fazura memakai T-shirt berwarna pink, bercermin mata gelap, memakai rantai dan beg tangan. Manakala rakan-rakannya memakai uniform sekolah.

Penampilan Fazura ini membuatkan ramai peminat menyatakan Fazura seorang yang pandai bergaya sejak dari kecil lagi. Malah lihat sahaja gaya p0sing Fazura di dalam gambar tersebut. Wah, dari kecil dah pandai bergaya kan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Fazura ini menerima pujian daripada peminatnya yang menyatakan yang Fazura sedari kecil sudah pandai bergaya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Woooiiiii dari kecik memang dah original jambu laaaa bawak ke besar cantik forever kurlasss Jah ambik hakak kasi api.. “

” SKTP kan.. always cantik mummy fatima. Dlu i ingat fazura join gymrama waktu sekolh rendah. Dari dlu lagi cantik.. “

” Dari kecil dah nampak kan bakatnya. Comelnya aura idola tuu dr kecik dh ada ni. haha teringat cter pis4u cuk0r.. “

”  Kecik2 dh artiskan diri tau…. Kwn kt blkg bel4h kiri tu, artis jgk ke? Hahaha…. Lain dr lain jgk tu.. Aaaa stylenya mumy fatima dulu2.. “

” Memang dari kecik lagi dh pandai bergaya sampai lah sekarang memang bersinar bintangnya huhuhu..  and always the cutest.. “

” Kecik-kecik dah macam Datin. betul2 mcm watak dlm Pis4u Cuk0r.. drjh berapa la ni ?? dari kecik dah nampak talent.. “

” Tha handbag and the necklace, so wow.. Haha model2 gitu kak fazz.. Mesti dari kecik ramai peminat ni.. “

Patutlah Fazura sentiasa tampil bergaya di mana sahaja, rupanya Fazura sememangnya menjaga penampilannya sejak dari kecil lagi. Dari kecil dah nampak bakat untuk menjadi artis kan. Comel sangat mummy Fatima ni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan