” Banyak kali ulang tengok. Kain tu pergi mana lah haha.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Membuat S1lap Mata Di Hadapan Sari Yanti Dan Anak-Anak Raih Perhatian Peminat. Pandai Jep Buat Magik. Situ Rupanya Jep S0rok, Bijak Sungguh !!

Jep Sepahtu sememangnya diketahui oleh ramai peminat dengan sifat suka berjenakanya itu baik di konti mahupun di rumah. Abah yang cukup sporting untuk anak-anak, Jep gemar menghiburkan anak-anak dan Sari ketika berada di rumah.

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jep membuat silapmata menggunakan sehelai kain berwarna merah. Cerita Sari, Barr dan Baasit teruja dan mengatakan abah mereka ini menakjubkan.

Jep yang menyelitkan kain tersebut di dalam genggaman tangannya bijak menyembunyikan kain tersebut sehinggakan tidak kelihatan langsung ketika genggaman di buka. Jep mengatakan kain itu ada di belakang Barr.

Seketika kemudian, Jep menghampiri Baasit dan menarik kain merah itu dari belakang Baasit. Wah memang kalau tidak diperhatikan betul-betul pasti menyangka Jep pandai membuat magik. Trick Jep menggunakan ibu jari f4ke menjadi sungguh.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Sari Yanti ini telahpun mendapat lebih 24 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Sporting betul abah ni. Kelakar dan pandai ambik hati anak anak. Bertuah Sari. Siapa yang tengok ulang2 kali. Kita sama . Naik kelabu mata hitam akk dok perati kat mana kain tu.. “

” Durian Pun dulu abah boleh buat magic..ni kan pulak kain. Ada ring dekat ibu jari Jep haha.. “

” Mana kain tu w0ii, tolong aku. Aku pun amazed ni, banyak kali ulang tak perasan mana abah s0rok.. “

” Dah ulang banyak kali baru perasan haha. I yang ter amazing pulaknya tengok tr1ck Jep ni.. “

” Pandai abah buat magic, berapa kali ulang kain mana kain haha. Abah buat magic payung, abah pun tak jumpa ingat tak haha.. “

” Ad0i mengekek tengok, happy family lah. Wow pel1k ah mcm mne kain tu tetibe blh ade kat belakang bud4k tu eh.. pandai ah abah buat magic.. “

” Banyak kali ulang tengok.. Kain tu pergi mana lah haha. Heran bin ajaib sungguh. Rupanya selit dalam ibu jari fake haha. Terkono jugak den Jep 0ii.. “

Ada-ada sahaja idea si Jep ni, mujurlah peminat ramai yang memerhatikan kelainan pada ibu jari Jep itu. Apa pun, janji anak-anak happy betul tak Jep. Semoga gembira selalu Jep sekeluarga dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..