” Kita pulak rasa seb4k baca ucapan Norman ni.. ” – Netizen

Ucapan Norman Hakim Sempena Ulangtahun Kelahiran Abby Abadi Buat Ramai Tersentuh. Tulus Dari Hati Seorang Abang. Terbaik Norman !!

Hasil tinjauan kami di Instagram aktor bertubuh sasa, Norman Hakim, telahpun dikongsikan semula video daripada Abby Abadi. Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Abby Abadi dan Norman membuat satu coretan panjang untuk Abby.

Memanggil Abby sebagai Mama, Norman mengakui dia tidak pandai bermadah pujangga. Namun dari hati yang ikhlas, Norman mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kerana Abby menjadi ibu yang hebat untuk anak-anaknya.

Melihat kemesraan antara Abby dan isterinya Memey Suhaiza, Norman mengakui airmatanya bergenang kerana keutuhan ukhuwah dan silaturahim yang terjalin antara 2 wanita hebat ini. Syukur ke hadrat Ilahi atas semua percaturan dan perancangan yang telah pun dibuat, itu kata Norman.

Sememangnya Abby dan Memey memiliki hubungan erat dan ianya sudah terjalin bertahun lamanya. Siapa yang tidak cembvru melihat hubungan keluarga besar ini, keluarga contoh yang memberi inspirasi kepada ramai.

Jom baca perkongsian di bawah :

Ucapan oleh Norman ini nyata menarik perhatian peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tunggu ucapan dari papa Norman pulak utk mama Abby. bergenang airmata bila menyaksikan silaturrahim antara kalian semua. moga berkekalan sampai syurga, rumah sebelah sebelah bak kata mama kat sana nanti.. “

” Aamin kita pulak rasa seb4k baca ucapan Norman ni. Suka tengok family ni. Semoga sentiasa bahagia dan di dalam rahmat Allah.. “

” Akrabnya macam adik beradik. Hppy bfday abby abadi. awk wanita yg hebat dan berhati mulia. smoga Allah merahmati stiap langkah dan stiap pg0rbanan abby abadi amin.. “

” Seb4k baca ucapan ni. Percaturan Allah itu yang sebaiknya, buat keluarga hebat abang Norman.. “

” Kita pulak yang bergenang airmata, sayang kerana Allah. Semoga kalian semua dlm rahmat dn ksh syg Allah mndpt tmpt di syurga Allah dan hpy bday to u Abby yg comel.. “

” Allahu Akbar.. Subhanallah.. terpeg0n baca, dan inilah satu-satunya contoh 2 keluarga bahagia di dalam 1.. “

” Seb4klah baca caption Norman Hakim ni. Always salute Abby Abadi, you are superwomen. Keluarga sunnah semoga sentiasa bahagia.. “

Allah sebaik-baik perancang dan pastinya setiap apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang tidak dapat kita jangkakan. Selamat ulangtahun kelahiran Abby Abadi dan semoga Allah sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki yang melimp4h ruah buat Abby.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..