” Lain dari lain words Emelia hadam dulu ye, comel betul dengar.. ” – Netizen

Datin Dr Halina Mohd Yunos Kongsi Video Gelagat Anak Kecilnya, Sophea Emelia Yang Sudah Pandai Menyebut Perkataan ‘Takde’ Buat Ramai Terhibur. Amboi Emelia, Comel Lah Dengar Dia Ulang-Ulang Sebut Perkataan Tu, Haha !!

Tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi yang baru lahir adalah antara perkembangan yang paling pantas dalam kehidupan mereka. Sebagai ibu bapa, semestinya perkembangan si kecil ini membuatkan kita sangat teruja.

Begitu juga yang dikongsikan oleh isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Datin Halina Mohd Yunos yang bercerita mengenai perkembangan salah seorang anak kembarnya, Sophea Emelia yang sudah berusia 1 tahun.

Video yang berdurasi 0:24 minit yang dikongsikan menerusi akaun Instagram itu, memaparkan Emelia sudah pandai menyebut perkataan ‘takde’ (tiada). Tulis Dr Halina, ianya adalah beberapa perkataan pertama yang disebut oleh Emelia dan salah satunya adalah perkataan tersebut.

Seloroh Dr Halina, video tersebut dirakamnya ketika tengah malam kerana begitu teruja mendengar Emelia menyembut perkataan begitu. Selain itu kongsi Dr Halina lagi, Emelia masih lagi belum pandai menyebut perkataan mama ataupun mami.

Jom tonton perkongsian video oleh Dr Halina di bawah ini :

Video Emelia tersebut telah ditonton lebih 156 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Malah di ruangan komen, ramai yang terhibur dan teruja akan perkongsian oleh Dr Halina. Antara komen-komen manarik adalah :

 ” Lain dari lain words Emelia hadam dulu ye, comel betul dengar. Perkataan mami ke, mama ke, memang lambat lah budak2 nak sebut. Tapi yang peliknya, abah tu cepat pulak yer mereka sebut.. “

” Wowwww Emelia, apa yang takdenye tu sayang, hehe so cute lah tengah malam sebut takde, takde. Cari daddy ke tu Emelia.. “

” Alahai cutenya. Teringat my girl’s first word is D1RTY. Ahahaha. Hari2 tu yang selalu kat mulut mommy. Apa pun dia sentuh, haha.. “

” Sapa yang ajar dia ni sebut tak ade, hahaha memang comel lah dengar budak kecik macam ni sebut perkataan tak ade.. “

” Wah, dah pandai cakap Takde, jelas sangat, sedap sangat sebutan dia. Nasib baik sempat record Dr, macam tahu2 je mami dia tengah record.. “

” Hahah. Tak de, Tak de, Tak de, So cuteee. Kite yg dgr ni pn excited Dr. Comel Emelia Next Eusof plak hehehhe.. “

” Sooo cute haha, masa baring tu, dgn tangan2 cakap takde ye, clever girl Emelia. Just like my son, Babah, tatak n few words dah sebut. Ibu lgsg takde bunyi lg.. “

Alahai bukan mummy je excited ni, ramai yang teruja dengar Emelia sebut ‘takde’ tu. Makin bertambah comel anak perempuan Dr Halina ni. Apa-apa pun, semoga Emelia terus membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang bijak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Halina Mohd Yunos, Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..