” Bahagia tengok keluarga Norman dan Abby, penuh kasih sayang.. ” – Netizen

Video Norman Hakim Sekeluarga Membuat Kej0tan Sempena Hari Lahir Bekas Isterinya, Abby Abadi Raih Pujian Ramai. Alahai Sweetnya Masing-Masing Meraikan Hari Lahir Abby !!

Ramai yang tahu bahawa, pelakon Norman Hakim ini sangat akrab dengan bek4s isterinya, Abby Abadi. Malah bukan Norman sahaja, isterinya Memey Suhaiza juga sangat akrab bersama Abby. Ada sahaja perkongsian keluarga mereka di media sosial pasti menjadi perhatian.

Terbaru, hari ini merupakan hari lahir Abby Abadi dan Norman juga tidak ketinggalan berkongsi kata ucapan khas buat Abby di akaun Instagramnya. Selain itu, Norman juga berkongsi satu video mereka sekeluarga telah membuat kej0tan buat Abby.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Norman itu, kelihatan mereka telah berada di sebuah restoran dan membuat majlis istimewa buat Abby. Kelihatan Norman dan Memey menunggu Abby dengan membawa sebiji kek kepada Abby di hadapan pintu masuk restoran tersebut.

Meninjau di akaun Instagram Abby, dirinya juga berkongsi video kejotan tersebut buat tatapan para followernya. Abby turut mendapat kad ucapan istimewa daripada Memey dan di samping Abby, suaminya Faizal turut ada bersama ketika majlis tersebut.

Jom tonton video-video itu di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Abby dan dalam masa yang sama, mereka memuji keakraban keluarga Norman dan Abby. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy birthday kak Abby. Semua doa terbaik untukmu. Sejuk hati tengok keluarga besar ini bersama, semoga kebahagiaan ini akan terus kekal.. “

 ” Bahagia tengok keluarga Norman dan Abby, penuh kasih sayang. Masing-masing bahagia dengan cara mereka, Alhamdulillah.. “

” Hebat lah, tengok cara Norman layan bekas isteri dia, wlapun masing-masing dah kahwin, tetap anggp bekas isteri macam adik.. “

” Huhu aku pulak sebak tengok. Selamat hari lahir Abby Abadi, semoga terus kekal bahagia bersama keluarga tersayang.. “

” Happy birthday Abby, sakit2 gigi pun dapat juga surpirse kan. Sweet je semua raikan Abby, semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. “

” Antara artis contoh. Siapa sangka kan, keluarga ni akan bersatu dengan satu cerita yang lalu. Betul2 terharu tengok cara Memey dan Abby berkawan.. “

 “MasyaAllah. Ya Allah kurniakan syurga firdaus buat keluarga ini. Semoga berbahagialah semuanya hingga ke syurga, Aamii. Sanah Helwah Abby.. “

Terserlah keikhlasan keluarga besar ini dalam mengejar kebahagian, memang patut diberikan kata pujian. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Abby Abadi, semoga diberikan kesihatan yang baik selalu dan sentiasa bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, Abby Abadi.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..