” So touching, nak juga abang macam Yusuf.. ” – Netizen

Video Yusuf Iskandar Memujuk Alisa Aisyah Ketika Rawatan Di Klinik Gigi Raih Perhatian Peminat. Part Yusuf Letak Kepala Di Lengan Alisa Tu Nampak Penyayang Sangat, Terharu Pulak !!

Keakraban antara adik beradik popular, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah seringkali menarik perhatian peminat. Yusuf anak yang baik dan mendengar kata Hanis Zalikha dan Hairul Azreen manakala Alisa pula sedikit nak4l berbanding abangnya ini.

Meninjau akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa ketika dibawa untuk menjalani rawatan gigi buat pertama kalinya. Alisa yang duduk di atas riba Hairul pada awalnya tidak mahu memberikan kerjasama kepada doktor gigi di situ.

Namun keadaan berubah apabila Yusuf masuk dan berdiri di tepi Alisa. Hebatnya kasih seorang abang, Alisa menurut kata Yusuf supaya membuka mulutnya agar pemeriksaan dapat dilakukan oleh doktor.

Pandai Yusuf memujuk adik kesayangannya ini. Sempat juga Yusuf mengusap manja rambut Alisa dan meletakkan kepalanya di lengan Alisa. Melt1ng tengok sifat penyayang Yusuf ini dan dalam masa yang sama jadi terharu betapa matangnya si kecil bernama Yusuf Iskandar.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telahpun mendapat hampir 50 ribu likes daripada peminat. Ramai juga peminat yang memberikan emoji love dan suka di ruangan komen. Antara komen-komen lain yang dapat dikongsikan :

” Yusuf is such a good brother. The way she feel safe when Yusuf is around her touch my heart lah. So cute this sibling.. “

” Ala Yusuf ni so sweet lah, abang hero. Alisa nak abang Yusuf dia buatkan, so cute. The power of sibling.. “

” Aa so cute Yusuf boleh comfortkan Alisa. Bagus Yusuf pujuk Alisa, Yusuf memang abang yang baik dah hebat.. “

” Baik sangat abang Yusuf, very good boy la. So touching, Alisa trust her brother only. Supportive big brother.. “

” Yusuf Ya Allah, dah big brother lah. Dah pandai jaga adik, kita yang tengok pun rasa kuatnya kasih sayang adik beradik ni.. “

” Yusuf so gentleman, pandai Yusuf pujuk Alisa. Yusuf is such a sweetheart and good job Alisa. Nak juga abang macam Yusuf.. “

” Sweetnya Yusuf ni, sayang sangat dia dekat adiknya tu. Semoga kedua-duanya diberikan kesihatan yang baik. Ca1r sekejap tengok Yusuf pimpin adik tu.. “

Kecil-kecil lagi sudah terserlah sifat penyayang Yusuf dan tentunya apabila kedua-duanya meningkat dewasa, Yusuf akan jadi pelindung Alisa yang terbaik sama seperti daddynya. Semoga Alisa dan Yusuf sentiasa dalam lindungan Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah, Yusuf Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..