” Alaaa sweetnya Aafiyah dengan Bunda Hetty.. ” – Inaijari

Video Gelagat Siti Aafiyah Ketika Bertemu Dengan Bunda Hetty Koes Endang. Amboi Manjanya Aafiyah Dengan Bunda. Sempat Lagi Tu Dibeleknya Kerongsang Bunda, Haha Comel !!

Teletah anak sulung penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah sering kali membuat ramai terhibur. Sudah berusia tiga tahun, si kecil ini sangat petah berkata-kata. Malah raut wajahnya sekarang, juga tidak lari seperti ibunya.

Meninjau di akaun Instagram milik penama Inaijari, telah berkongsi satu video terbaru mengenai Aafiyah. Video tersebut memaparkan Aafiyah telah berjumpa dengan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunda Hetty Koes yang merupakan kawan baik Datuk Siti di sebuah restoran.

Gelagat Aafiyah ketika bertemu Bunda Hetty dilihat sangat manja. Malah Aafiyah juga juga tidak kekok bermesra dengan Bunda Hetty. Selain itu, Aafiyah juga sempat memberikan c1uman dan pel0kan kepada Bunda Hetty.

Paling mencu1t hati adalah gelagat Aafiyah yang sempat lagi membelek-belek keronsang yang ada pada baju Bunda Hetty. Mungkin keronsang itu begitu menarik perhatian si kecil ini sehinggakan dirinya begitu teruja melihatnya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ada  satu komen yang menyatakan bahawa Aafiyah seorang budak yang manja. Komen tersebut adalah :

” Manje nya anak ibu. Aafiyah berkenan dgn rantai bunda tu, haha ketawa budak kecik ni comel lah, mudah terhibur.. “

Rupanya Datuk Siti bertemu Bunda Hetty ketika dirinya sedang meraikan hari lahir menantunya, Alyssa Hishammudin. Turut dikongsikan Datuk Siti di IG Story nya adalah gambar-gambar sekitar sambutan tersebut.

Comel lah tengok gelagat Aafiyah ni, makin besar makin banyak akal. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Aafiyah membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang bijak, solehah buat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Ctdk, Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..