” Sedap betul suara lenggokan irama Datuk Siti bawa lagu ni.. ” – Netizen

Video Datuk Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Di Sebuah Majlis Raih Pujian Ramai. Wah Merdu Betul Suara Datuk Siti, Sampai Ramai Yang Bersorak Suka !!

Meninjau di akaun Instagram fans Datuk Siti Nurhaliza, ctdk.austria telah berkongsi satu video terbaru Datuk Siti sedang menyanyi. Menerusi video itu, Datuk Siti berada di majlis hari lahir isteri pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin iaitu Nurida Suraya.

Paling istimewa, Datuk Siti telah menyanyikan sebuah lagu hindi bertajuk ‘Kuch Kuch Hota Hai’. Meksipun video tersebut hanya berdurasi 11 saat, kedengaran nyanyian Datuk Siti Nurhaliza menerima sorakan daripada orang ramai.

Dengan membuat gayanya yang tersendiri ketika menyampaikan lagu hindi, lagu tersebut sangat sedap didengar. Malah, perkongsian video Datuk Siti menyanyi ini telah mendapat perhatian para peminatnya.

Ada peminat yang menyatakan Datuk Siti memiliki suara yang luar biasa kerana dia mampu menyanyikan semua lagu dengan baik dan merdu didengar. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 16,800 tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video tersebut dan memuji kemerduaan suara Datuk Siti Nurhaliza. Antara komen-komen menarik adalah :

” Pandai Dato Siti nyanyi lagu hindi. Padu, part bila dia tarik tu sedap betul dengar, suka sangat, ada video full tak min.. “

” Terbaik lah, sedap lah dengar. Serba boleh Ctdk ni menyanyi. Suara dia memang lain dari yang lain.. “

” Cayalah Datuk Siti menyanyi. Ada tengok dia berduet dengan Rizman menyanyi lagu cinta luar biasa.. “

” Bagi je la lagu apa pun Tok Ti cover as lagunya sendiri. Suara emas, memang merdu dan terbaik lah.. “

” Sedapnya suara. I love you Dato Siti. Nk Bgth dia nyanyi lagu ni terasa mcm lagu dia sndri lah, hehe.. “

” Sedap betul lenggokan suara irama tokti bwk lgu ni, part tinggi pun lmbut je suara dia, tak pec4h langsung kt tekak.. “

” Nyanyi macam tu pun go0sebumps. Gaya suara Datuk Ct menyanyi ni tu buat orang ramai dibuai mimpi.. “

” Bestnya, tokti nyanyi je apa2 lagu mesti bgs. Suara daripada muda sampai umur sekarang tetap maintain sedap.. “

Memang merdu lah suara Datuk Siti, patut lah ramai yang memuji. Tidak dinafikan, Datuk Siti antara penyanyi yang sangat pandai membawa lagu yang dinyanyikannya dengan gayanya yang tersendiri. Apa-apa pun, semoga Datuk Siti sentiasa diberikan kesihatan yang baik selalu dan bahagia bersama keluarganya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk.autria, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..